Luqman dahului Anugerah Golden
Boy
MyMetroArena
PENYERANG
muda negara, Luqman Hakim Shamsudin berpeluang cerah berada dalam
senarai akhir 20 pemain selepas terus mengungguli undian bagi
Anugerah Golden Boy anjuran Tuttosport.
Sehingga
jam 2 petang semalam, pemain yang bakal menyertai pasukan Liga
Belgium, KV Kortrijk itu mendahului dengan menerima 3,949 undian atau
14 peratus daripada 27,911 secara keseluruhan.
Pencabar
terdekatnya adalah pemain Sporting Lisbon, Eduardo Quaresma yang
memperoleh lapan peratus atau 2,238 undian, diikuti pemain tengah Red
Salzburg, Dominik Szoboszlai, sebanyak enam peratus (1,664 undian).
Sementara
beberapa nama besar jauh ketinggalan antaranya penyerang Manchester
United, Mason Greenwood memperoleh lima peratus; penyerang prolifik
Borussia Dortmund, Erling Haaland (empat peratus) dan pertahanan
Bayern Munich, Alphonse Davies (dua peratus).
Manakala
penyerang muda Manchester City, Phil Foden serta pemain sayap
Chelsea, Callum Hudson Odoi dengan masing-masing satu peratus.
Daripada
80 nama yang dicalonkan ini, jumlahnya akan disaring kepada 20 pemain
yang dipilih menerusi undian awam sebelum 40 panel yang terdiri
daripada wartawan pelbagai negara dan penerbitan akan memilih
pemenang keseluruhan.
Bagaimanapun,
nama Haaland disebut sebut sebagai calon pemenang paling layak
berdasarkan prestasi semasanya yang memukau selepas menyertai
Borussia Dortmund pada Januari lalu.
Anugerah
Golden Boy sebelum ini pernah dimenangi pemain Atletico Madrid, Joao
Felix, Kylian Mbappe (2017), Raheem Sterling (2014), Lionel Messi
(2005), Wayne Rooney (2004), dan Rafael van der Vaart (2003).
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2020 @ 2:53 PM
Luqman
atasi Greenwood, Haaland
MyMetroArena
Share
Tweet
Syazwan
Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
PENYERANG
sensasi skuad Bawah 19 tahun (B-19), Luqman Hakim Shamsudin
berpeluang menjadi anak Malaysia pertama mengungguli Anugerah Golden
Boy anjuran Tuttosport apabila dilihat terus memperoleh undian paling
banyak sekali gus mengatasi pemain terkenal lain.
Sehingga
jam 4 petang hari ini, pemain yang berasal dari Kota Bharu Kelantan
itu memperoleh 4,278 undian iaitu 17 peratus daripada 28,735 undian
keseluruhan.
Jelas
sekali, situasi berkenaan agak jauh meninggalkan pencabar terdekatnya
pemain Sporting Lisbon, Eduardo Quaresma yang memperoleh lapan
peratus atau 2,279 undian, diikuti pemain Dynamo Kiev Heorhiy
Tsitaishvili 2,262 undi (8 peratus).
Sementara
beberapa nama besar jauh ketinggalan antaranya penyerang Manchester
United, Mason Greenwood memperoleh lima peratus, penyerang prolifik
Borussia Dortmund, Erling Haaland (empat peratus) dan pertahanan
Bayern Munich, Alphonse Davies (dua peratus).
Manakala
penyerang muda Manchester City, Phil Foden serta pemain sayap
Chelsea, Callum Hudson Odoi dengan masing-masing satu peratus.
Daripada
80 nama yang dicalonkan ini, jumlahnya akan disaring kepada 20 pemain
yang dipilih menerusi undian awam sebelum 40 panel yang terdiri
daripada wartawan pelbagai negara dan penerbitan akan memilih
pemenang keseluruhan.
Bagaimanapun,
nama Haaland disebut-sebut sebagai calon pemenang paling layak
berdasarkan prestasi semasanya yang memukau selepas menyertai
Borussia Dortmund pada Januari lalu.
Anugerah
Golden Boy sebelum ini pernah dimenangi pemain Atletico Madrid, Joao
Felix, Kylian Mbappe (2017), Raheem Sterling (2014), Lionel Messi
(2005), Wayne Rooney (2004), dan Rafael van der Vaart (2003).
Undian
masih lagi dibuka kepada orang awam dan jika mahu menyaksikan anak
Malaysia pertama mendapat pengiktirafan terbabit, peminat bola sepak
tanah air boleh berbuat demikian dengan melayari laman web sukan
tuttosport.com.
Senarai
nama akan dikurangkan secara berperingkat setiap bulan dengan pemain
yang mempunyai undian tinggi akan terus kekal sehingga ke peringkat
20 terakhir.
Semua
20 pemain yang berjaya layak ke peringkat akhir akan diundi pula
dengan nama pemenang akan diumumkan pada 20 Oktober nanti.
SUMBWER-Artikel
ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2020 @ 8:26 PM