ZURAIMEE ZAINAL | | 23 Oktober 2020
Luqman Hakim disenaraikan dalam memperkuatkan cabaran skuad senior KV Kortrijk menjelang kunjungan kelab gergasi Belgium, RSC Anderlecht Sabtu ini.
PENYERANG sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin disenaraikan dalam memperkuatkan cabaran skuad senior KV Kortrijk menjelang kunjungan kelab gergasi Belgium, RSC Anderlecht bagi saingan Jupiler Pro League di Stadion Guldensporen, Kortrijk pada Sabtu pagi.
Perkara ini disahkan hasil tinjauan ke laman web KV Kortrijk apabila senarai rasmi pemain-pemain De Kerels untuk aksi ke-10 kedua-dua kelab berkenaan dikeluarkan pada hari ini.
KV Kortrijk dibimbing Vanderhaeghe Yves kini berada pada kedudukan kelapan liga dengan 14 mata hasil empat kemenangan, dua seri dan tiga tewas selepas mengharungi sembilan perlawanan.
Sementara Anderlecht kendalian bekas pemain Manchester City, Kompany Vincent pula berada di kedudukan kesembilan liga dengan 14 mata hasil tiga kemenangan, lima seri dan sekali tewas setelah mengharungi sembilan perlawanan.
Untuk rekod ini adalah kali julung kali permain berasal dari Kota Bharu Kelantan itu disenaraikan dalam kesebelasan utama kelab itu sejak berlepas ke Belgium pada Ogos lalu.
Bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) berusia 18 tahun itu sebelum ini menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab dimiliki taikun perniagaan negara, Tan Sri Vincent Tan.
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/106543/BERITA/Sukan/Kortrijk-senarai-Luqman-Hakim-berdepan-Anderlecht© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan