Jumaat, 28 Ogos 2020

Luqman diminta lapor diri minggu depan.

 SUKAN»Bola

Rabu, 10 Jun 2020 | 2:32pm

Luqman diminta lapor diri minggu depan.

Luqman diminta lapor diri minggu depan.

Luqman diminta lapor diri minggu depan.

KV Kortrijk panggil Luqman

Oleh Zulfaizan Mansor

zulfaizan@bh.com.my


KUALA LUMPUR: Penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin mengesahkan sudah mendapat panggilan daripada KV Kortrijk untuk menyertai kelab Belgium itu, minggu depan.


Dia yang kini bersama Selangor menjelaskan akan memohon kebenaran selepas kerajaan membenarkan pergerakan rakyat Malaysia untuk ke luar negara semalam.


"Memang KV Kortrijk sudah panggil. Cuma saya tunggu kerajaan umum kebenaran terbang ke luar negara.


"Alhamdulillah, kerajaan sudah umum mengenainya hari ini (semalam)," katanya kepada BH Sukan semalam.


Pada September lalu, Luqman yang juga pemain dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) mengikat kontrak lima tahun bersama kelab Liga Divisyen Satu Belgium itu.


Bagaimanapun, kontrak itu dilaporkan hanya termeterai Mac lalu selepas Luqman berusia 18 tahun.


Mengikut perancangan awal, pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu akan berlatih bersama Cardiff City terlebih dahulu bermula dari Januari hingga Mac lalu sebelum menyertai KV Kortrijk.


Dia kemudian dilaporkan terpaksa ke Cardiff pada penghujung Februari lalu kerana perlu terbabit dengan kem latihan bersama skuad negara B-19 di bawah kendalian Brad Maloney.


Namun, perancangan itu tampak terus tertangguh atas sebab yang tidak dapat dipastikan dan Luqman dilihat menjalani latihan bersama skuad Selangor 2.


Malah, melihat kepada perkembangan semasa Luqman mungkin akan terus menyertai KV Kortrijk selepas perancangan awal menyertai kelab itu Mac lalu juga tertangguh akibat COVID-19.SUMBER-SUKAN BERITA HARIAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan