SUKAN»Bola
Khamis, 27 Ogos 2020 | 8:54pm
Luqman Hakim Shamsudin menjaringkan gol dalam perlawanan menentang KRC Gent. - Foto ihsan Facebook KV kortrijk
Luqman Hakim jaring gol pertama di Belgium
Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com
KUALA LUMPUR: Penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin tidak perlu menunggu lama apabila sudah membuka 'akaun' golnya di Eropah untuk KV Kortrijk.
Jaringan itu dilakukan ketika Luqman bersama skuad Bawah 21 tahun (B-21) KV Kortrijk menentang KRC Gent.
Perkembangan itu dikongsikan menerusi akaun rasmi KV Kortrijk yang turut menyertakan sekali video jaringan bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD itu, semalam.
Gol itu terhasil selepas Luqman menekan pertahanan KRC Gent sehingga pemain itu kehilangan bola dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya untuk Luqman melakukan rembatan sekali gus menghadiahkan gol pertama buat KV Kortrijk.Bagaimanapun, jaringan itu nyata belum cukup untuk KV Kortrijk selepas pasukan itu terpaksa akur tunduk 4-1 di tangan KRC Gent.
Apapun, ini sudah pasti memberikan permulaan yang baik buat Luqman di Eropah sekali gus dapat membuka mata pemain di sana betapa dia turut memiliki kualiti yang tersendiri.Sebagai rekod, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu tiba di Belgium pada 13 Ogos lalu namun perlu menjalani kuarantin selama 14 hari terlebih dahulu sebagai langkah berjaga jaga susulan COVID-19.
Luqman sebelum itu menandatangani kontrak selama lima tahun bersama pasukan itu yang dimiliki hartawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan sekali gus menamatkan spekulasi selepas dia turut dipancing beberapa kelab Eropah yang lain.SUMBER-SUKAN BERITA HARIAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan