ZURAIMEE ZAINAL | | 23 Oktober 2020
Luqman
Hakim disenaraikan dalam memperkuatkan cabaran skuad senior KV
Kortrijk menjelang kunjungan kelab gergasi Belgium, RSC Anderlecht
Sabtu ini.
PENYERANG sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin
disenaraikan dalam memperkuatkan cabaran skuad senior KV Kortrijk
menjelang kunjungan kelab gergasi Belgium, RSC Anderlecht bagi
saingan Jupiler Pro League di Stadion Guldensporen, Kortrijk pada
Sabtu pagi.
Perkara ini disahkan hasil tinjauan ke laman web KV
Kortrijk apabila senarai rasmi pemain-pemain De Kerels untuk aksi
ke-10 kedua-dua kelab berkenaan dikeluarkan pada hari ini.
KV
Kortrijk dibimbing Vanderhaeghe Yves kini berada pada kedudukan
kelapan liga dengan 14 mata hasil empat kemenangan, dua seri dan tiga
tewas selepas mengharungi sembilan perlawanan.
Sementara
Anderlecht kendalian bekas pemain Manchester City, Kompany Vincent
pula berada di kedudukan kesembilan liga dengan 14 mata hasil tiga
kemenangan, lima seri dan sekali tewas setelah mengharungi sembilan
perlawanan.
Untuk rekod ini adalah kali julung kali permain
berasal dari Kota Bharu Kelantan itu disenaraikan dalam kesebelasan
utama kelab itu sejak berlepas ke Belgium pada Ogos lalu.
Bekas
pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) berusia 18 tahun itu sebelum ini
menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab dimiliki taikun
perniagaan negara, Tan Sri Vincent Tan.SUMBER-Artikel Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/106543/BERITA/Sukan/Kortrijk-senarai-Luqman-Hakim-berdepan-Anderlecht
©
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan