Ahad, 31 Januari 2021

Luqman bawa 'pembakar semangat' ke Belgium

 



LUQMAN tiasa berhubung dengan ibunya, Hasmah Che Soh dan bapa tersayang, Shamsudin Mahmood setiap hari yang sentiasa menjadi pendengar setia disamping sumber motivasi. FOTO Ihsan KV Kortrijk

Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Mei atau Jun ini pastinya bulan paling dinantikan penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin apabila bercadang untuk membawa ibu dan bapanya ke Belgium.

Selepas meninggalkan tanah air hampir enam bulan pada Ogos lalu untuk mengejar cita-citanya beraksi di Eropah, Luqman mengakui menyimpan hasrat membawa kedua orang tuanya bagi melihat sendiri kehidupannya sebagai pemain bola sepak di KV Kortrijk (KVK).

Jelas Luqman, dia sentiasa berhubung dengan ibunya, Hasmah Che Soh dan bapa tersayang, Shamsudin Mahmood setiap hari yang sentiasa menjadi pendengar setia disamping sumber motivasi buatnya berjuang di sana.

Katanya, pada mulanya dia berhasrat untuk membawa keluarganya pada Disember lalu, namun disebabkan cuaca sejuk yang melanda Eropah dari November hingga April ini, dia terpaksa menangguhkan dulu perjalanan ibu bapanya.

"Kalau ikutkan saya nak bawa ibu bapa saya datang ke sini (Belgium) bulan 12 (Disember lalu) hari itu. Nak bagi mereka lihat kehidupan saya dekat Belgium ini macam mana.

"Tapi di sini terlalu sejuk jadi saya rasa tak sesuai untuk mereka datang. Mungkin lepas habis musim sejuk saya akan bawa mereka ke sini.

"Mungkin dalam bulan lima (Mei) mereka akan ke sini. Liga (Liga Belgium) pun mungkin sudah habis, jadi saya ada banyak masa untuk tunjuk mereka tempat ini," katanya kepada Arena Metro.

Sebelum ini, pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menandatangani kontrak lima tahun bersama KVK untuk muncul sebagai pemain pertama Malaysia beraksi di Jupiler Pro League Belgium.

Malah, dia turut melakar sejarah apabila muncul anak tempatan pertama membuat penampilan dalam liga utama Eropah selepas diturunkan sebagai pemain gantian ketika KVK menentang RSC Anderlecht pada 24 Oktober lalu.

Pada aksi itu, Luqman yang dimasukkan pada minit ke-74 berjaya membawa impak apabila pasukannya berjaya meraih gol saguhati pada lewat permainan hasil gerakkannya yang menyaksikan KVK tewas 1-3.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 January 2021 @ 10:31 PM

Isnin, 25 Januari 2021

Luqman dan rakan kecewa lagi



Oleh ROZAIDI



ZULKIFLI

25 Januari 2021, 11:37 pm

KUALA LUMPUR: Harapan Luqman Hakim Shamsudin dan rakan sepasukannya untuk beraksi pada pusingan akhir Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 19 tahun (B-19) di Uzbekistan Mac depan tidak kesampaian.

Perkara itu susulan pembatalkan kejohanan berkenaan yang telah diputuskan Jawatankuasa Pertandingan AFC selepas mesyuarat yang berlangsung hari ini.

Keputusan untuk Kejuaraan bawah 19 dan 16 tahun yang dijadualkan berlangsung tahun ini dibatalkan dengan faktor utama adalah kerana keadaan Covid-19 yang tidak menentu.

Bagaimanapun, tuan rumah Uzbekistan untuk bawah 19 tahun dan Bahrain bagi bawah 16 tahun akan kekal menjadi hos untuk edisi seterusnya,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Keputusan itu pasti memberi kekecewaan berganda buat pemain skuad B-19 tahun negara selepas terlebih dahulu menerima berita sedih ekoran pembatalan kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) 2021 di Jakarta.UM ONLINE

Sabtu, 23 Januari 2021

'Balik kita gomo lah'

MyMetroUtama



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmero.com.my

Kuala Lumpur: Selepas empat bulan berada di Belgium, penyerang kelab KV Kortrijk (KVK) dari Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin mengakui mula merindui masakan tempatan.

Dia yang baru pulih daripada kecederaan hamstring amat merindui masakan ikan singgang berserta budu yang juga makanan kegemarannya.

Luqman, 18, sebelum ini menjalani proses pemulihan selepas mengalami kecederaan hamstring di mana otot paha kanannya disahkan koyak 2 sentimeter dan perlu berehat tiga minggu.

Kecederaan itu dialami ketika menjalani sesi latihan sehari selepas perlawanan menentang RSC Anderlecht pada 24 Oktober lalu.

Jelas Luqman, sekiranya dapat kembali ke tanahair ketika cuti pra musim saingan Liga Jupiler Belgium nanti, menu pertama yang akan dicarinya sudah tentu ikan singgang dan budu.

"Setakat ini, makanan Malaysia memang ada rindu sebab kita duduk negara luarkan, makanan dia orang lain (Belgium) dan sihat-sihat semuanya. Saya kat sini pun amalkan makanan yang sihat-sihat.

"Jadi, rindu sangat ikan singgang lah dengan budu...itu biasa (rindukan masakan negara). Saya (di Belgium) aturkan sendiri program makanan saya. InsyaAllah kalau dapat balik Malaysia nanti, kita gomo lah (ikan singgang dan budu), kita gomo, kita gomo," katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

Terdahulu tonggak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu muncul pemain pertama negara yang beraksi di pentas utama liga Eropah apabila mengikat kontrak selama lima tahun dengan KVK.

Dia yang lahir daripada Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) tidak menunggu lama untuk memperagakan impaknya apabila sudah meledak dua gol buat skuad B-21 KVK sebelum ini.

Ketajamannya berjaya menambat hati pengurus KVK, Yves Vanderhaeghe yang menurunkan bintang muda sensasi negara itu ketika menentang RSC Anderlecht sekaligus melakar sejarah sebagai anak tempatan pertama tampil di liga Belgium.

Berkongsi kehidupannya di Kortrijk, dia gembira dan mahu memberi 100 peratus fokus kepada kerjayanya di negara yang menduduki ranking nombor satu dunia itu.

"Saya gembira sangat, saya tak tertekan apa-apa. Saya tak ada kecewa apa-apa, rindu itu biasalah, rindu keluarga dan semuanya. Kita sebagai pemain duduk di luar dengan keluarga angkat kat sini, itu perkara biasa.

"Apa yang saya buat sekarang fokus kepada bola sepak saya, dan saya gembira di sini. Layanan mereka di sini semuanya bagus," katanya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Disember 2020 @ 6:35 AM

Luqman semakin selesa gaya Eropah

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Selepas hampir lima bulan berada di Belgium, penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin akui permainannya semakin meningkat selain lebih berkeyakinan di atas padang.

Luqman, 19, yang menyertai kelab utama Liga Belgium, KV Kortrijk (KVK) menjelaskan aspek terpenting apabila beraksi di Eropah adalah kepantasan, di mana setiap pergerakan perlu dilakukan dengan cepat.

Katanya, bagi memastikan setiap pergerakan tidak lambat, keputusan pantas dalam membuat tindakan amat mustahak dan sekiranya lambat walau sesaat, pemain akan mudah kehilangan bola.

"Banyak benda saya belajar bila sampai di sini (Belgium). Paling penting, di sini pemain kena cepat berfikir.

"Kalau pegang bola lama-lama, memang susah. Di Malaysia, mungkin dah biasa pegang bola lama sikit, tapi di sini tak boleh macam itu.

"Kita kena bergerak pantas selain kena agresif. Macam saya main bahagian atas (penyerang), lagilah kena cepat. Kalau tak senang-senang saja pertahanan nak rampas bola," katanya kepada Arena Metro.

Sebelum ini, pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu mengikat kontrak panjang selama lima musim dengan KVK bermula Ogos tahun lalu.

Dia tidak menunggu lama untuk mencipta sejarah muncul pemain Malaysia pertama membuat penampilan dalam liga utama di Eropah apabila diturunkan sebagai pemain gantian ketika KVK menentang RSC Anderlecht dalam Jupiler Pro League.

Untuk rekod, Luqman pernah disenaraikan antara 80 bintang muda bagi anugerah 'Golden Boy' oleh portal bola sepak Belanda, 433 serta 60 pemain muda terbaik dunia oleh portal antarabangsa, The Guardian pada tahun lalu.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2021 @ 6:33 PM

Khamis, 21 Januari 2021

'Senjata' dari Belgium

MyMetroUtama



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bintang muda negara, Luqman Hakim Shamsuddin boleh menjadi duri dalam daging kepada benteng lawan apabila beraksi pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Mac depan.

Ini berikutan pemain berusia 19 tahun itu terdedah kepada perlawanan kompetitif bersama kelabnya, KV Kortrijk di liga utama Belgium berbanding majoriti rakan sepasukan yang beraksi di Liga Malaysia (Liga M).

Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata, sudah tiba masanya khidmat Luqman digunakan dalam menguatkan barisan Harimau Malaya memandangkan pemain berkenaan lebih bersedia seterusnya prestasi berada pada tahap optimum.

"Ketika ini, kita tidak boleh memanggil Luqman untuk menjalani latihan pada 16 Januari nanti memandangkan dia masih lagi mempunyai baki perlawanan bersama kelabnya.

"Oleh itu, masa sesuai adalah Mac nanti dan sudah tentu kehadirannya menambah lagi kekuatan di bahagian serangan Harimau Malaya.

"Saya mahu dia lebih bersedia dan mengelak daripada kecederaan kerana kemungkinan akan diturunkan pada perlawanan Mac nanti," katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini, perlawanan antarabangsa pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia China 2023 beberapa kali ditunda berikutan pandemik Covid-19 sebelum tarikh baharu pada Mac depan.

Untuk rekod, Malaysia yang kini menduduki tempat kedua Kumpulan G dengan berbaki tiga perlawanan akan bertandang ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum menyambut Vietnam dan mengakhiri aksi peringkat kumpulan di Thailand.

Skuad Harimau Malaya akan mengadakan siri latihan di negara ini sebelum berkampung di Asia Barat pada Mac untuk mengharungi beberapa siri perlawanan persahabatan seterusnya menghadapi perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Sementara itu, Cheng Hoe berkata, pemain naturalisasi kedua negara, Liridon Krasniqi akan menyertai kem latihan Harimau Malaya pada 16 Januari ini.

"Liridon bersama beberapa muka baharu akan menyertai kali pertama kem latihan Harimau Malaya dan senarai penuh pemain akan diumumkan dalam masa terdekat ini," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 January 2021 @ 6:35 AM

Rabu, 20 Januari 2021

Luqman sapu semua



Oleh Sufian Hadi Sojak

18 Januari 2021, 11:08 am

KUALA LUMPUR: Jika dulu dia hanya dipandang sebagai ‘hero’ remaja, namun kini Luqman Hakim Shamsudin berpeluang menabur bakti buat dua pasukan iaitu Sukan SEA 2021 dan Harimau Malaya.

Di atas kertas, jurulatih pasukan Sukan SEA 2021, Brad Maloney dan pengendali Harimau Malaya,Tan Cheng Hoe masing-masing berminat mendapatkan khidmat

penyerang KV Kortrijk itu.

Jika Luqman atau Luqie yang bakal menginjak usia 19 tahun pada 5 Mac ini, dipanggil menyertai skuad Sukan SEA 2021 Hanoi, dia akan menebus kekecewaan dalam penampilan sulungnya pada 2019 di Manila ketiks tewas di peringkat kumpulan.

Mengulas peluang Luqman ke Sukan SEA tahun ini, Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ong Kim Swee berkata, perkara itu akan diserahkan kepada Maloney.

Semua bergantung kepada perbincangan dengan jurulatih dan kita tahu dia bermain dalam skuad utama di Belgium.

Semua tahu tentang prestasinya dan kami perlu beri pendedahan kepada pemain sedia ada dalam skuad bawah 19 tahun termasuk pasukan projek FAM-MSN,” katanya.

Kelmarin, Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam mengesahkan Maloney diberi tanggungjawab untuk membimbing skuad Sukan SEA tahun ini.

Sebelum ini, Cheng Hoe mengakui berminat menguji kemampuan pemain kelahiran Kota Bharu itu Mac ini, sekali gus Luqman berpeluang baik kemunculan sulung bersama skuad senior negara.SUMBER- SUKAN UM ONLINE

Khamis, 14 Januari 2021

Luqman ceria berlatih dalam salji

Januari 14, 2021 @ 9:09pm



LUQMAN

KUALA LUMPUR: Cuaca sejuk yang sedang melanda Belgium ketika ini sama sekali tidak menyekat penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin daripada menjalani latihan bersama KV Kortrijk.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram kvkortrijk_malaysiafan, pemain berusia 18 tahun itu tetap ceria sekalipun perlu turun menjalani latihan dalam salji yang tebal dan sejuk yang melampau.

Berdasarkan semakan, suhu di Kortrijk ketika ini mencecah satu darjah Celsius dan boleh turun sehingga negatif dua darjah Celsius.

"Pemain pemain begitu sukakan salji," kata laman terbabit.

Beberapa keping gambar turut disertakan termasuklah Luqman dan rakan sepasukannya yang jelas tidak berdepan masalah untuk berlatih di atas permukaan padang yang diliputi salji.SUMBER-BH ONLINE

Isnin, 11 Januari 2021

Usia bukan halangan Luqie



Oleh ROZAIDI ZULKIFLI

9 Januari 2021, 9:19 am


KUALA LUMPUR: Bintang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin berkata, faktor usia bukan ukuran pemilihan kesebelasan utama KV Kortrijk, sebaliknya pemain yang berada dalam prestasi terbaik menjadi pilihan.

Pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu yang kembali bersama pasukan selepas disisih akibat kecederaan, berpeluang membuat penampilan kedua dalam Liga Pro Belgium bertemu Genk pada 1.30 pagi esok.

Bagaimanapun, dia sedar saingan cukup sengit untuk merebut tempat dalam senarai 18, namun bernasib baik mendapat rakan sepasukan yang sentiasa memberi sokongan.

Usia bukan ukuran kerana siapa sahaja buat yang terbaik pada sesi latihan pasti mempunyai peluang.

Saya akan terus fokus untuk memberikan yang terbaik dan turut menerima sokongan baik daripada rakan sepasukan.

Kalau tiada pun (peluang bermain esok) tidak mengapa sebab saya tahu perjalanan saya masih jauh. Lagipun saya baru enam bulan di sini.

Apa perlu saya lakukan, beri yang terbaik dan bersabar kerana saya tahu peluang itu tetap akan datang juga,” katanya.

KV Kortrijk yang menghuni tangga kelapan liga akan bertemu pasukan tempat kesembilan, Genk esok.

Kat Luqman, kebanyakan kontrak pemain dalam pasukan akan berakhir dan mungkin sebab itu ketua jurulatih KV Kortrijk, Yves Vanderhaeghe mahu memberi peluang untuk menilai kemampuan mereka.

Banyak pemain yang kontraknya akan berakhir, jadi pengurus mungkin memberi lebih peluang kepada mereka untuk

membuktikan sesuatu,” ujarnya.

Penyerang remaja negara itu disenaraikan dalam kesebelasan utama ketika KV Kortrijk menentang Excel Mouscron di Stade Le Canonnier, sekali gus mencerahkan peluangnya untuk beraksi pada pertemuan awal pagi esok.

Luqman, 19, atau lebih dikenali sebagai Luqie muncul pemain Malaysia pertama beraksi dalam liga utama Eropah apabila berdepan Anderlecht pada 24 Oktober lalu.

Biarpun mempamer aksi baik dalam perlawanan tersebut, namun kecederaan paha menyebabkan dia terpaksa berehat panjang dan tempoh tersebut digunakan

oleh pemain itu untuk membina otot.SUMBER  ONLINUME

Rabu, 6 Januari 2021

Luqman kembali beraksi hujung minggu ini?



Oleh Media Mulia

6 Januari 2021, 10:17 am

KUALA LUMPUR: Selepas lebih dua bulan disisih akibat kecederaan, Luqman Hakim Shamsudin bersedia membuat penampilan kedua dalam Liga Pro Belgium hujung minggu ini apabila diturunkan pada aksi

persahabatan semalam.

Penyerang remaja negara itu disenaraikan dalam kesebelasan utama ketika KV Kortrijk menentang Excel Mouscron di Stade Le Canonnier, sekali gus mencerahkan peluang beraksi pada pertemuan dengan Genk, Sabtu ini.

Luqman, 19, atau lebih dikenali sebagai Luqie muncul pemain Malaysia pertama beraksi dalam liga utama Eropah apabila berdepan Anderlecht pada 24 Oktober lalu.

Biarpun mempamer aksi baik dalam perlawanan itu, namun kecederaan paha menyebabkan dia terpaksa berehat panjang dan tempoh tersebut digunakan oleh pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu untuk membina otot.

Yves Vanderhaeghe (jurulatih) mencuba ramai pemain muda dalam kesebelasan utama seperti Luqman.

Selepas ketinggalan dua gol (pada babak pertama) kami menunjukkan tidak balas yang lebih baik pada separuh masa kedua,” kata Kortrijk dalam laman web rasmi kelab semalam.

Dalam perlawanan tersebut, Luqman beraksi selama 45 minit pertama sebelum diganti pada separuh masa kedua yang menyaksikan hanya Lucas Maus dan Adam Jakubech beraksi penuh 90 minit.

Kortrijk tumpas 2-1 dalam perlawanan itu, namun aksi tersebut hanya pemanas badan buat Reds sebelum berdepan kelab tangga kesembilan, Genk di laman sendiri.

Selepas mengharungi 19 perlawanan, Kortrijk kini menduduki tempat kelapan dengan 26 mata hasil tujuh kemenangan, lima seri dan lima kalah.SUMBER-SUKAN UM

Selasa, 5 Januari 2021

Luqman dapat kepercayaan KV Kortrijk

Januari 5, 2021 @ 12:26pm



Luqman disenaraikan bersama kesebelasan utama dalam aksi persahabatan berdepan Excel Mouscron. - Gambar Ihsan KV Kortrijk

KUALA LUMPUR: Penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin membuka tahun 2021 dengan langkah kanan apabila diberi kepercayaan membarisi kesebelasan utama skuad KV Kortrijk.

Meskipun diturunkan hanya untuk aksi persahabatan menentang Excel Mouscron di Stade Le Canonnier semalam, setidak tidaknya ia memberi minit perlawanan untuk Luqman terus mengembangkan lagi potensinya.

Pada aksi terbabit, Luqman beraksi selama 45 minit pertama sebelum digantikan pada separuh masa kedua yang menyaksikan hanya Lucas Maus dan Adam Jakubech beraksi penuh 90 minit.

Bagaimanapun, KV Kortrijk tewas 2-1 pada aksi persahabatan terbabit selepas ketinggalan seawal minit keempat menerusi Beni Badibanga dan Charles Andreas Brym.

KV Kortrijk meledak gol lewat menerusi Jovan Stojanovic ketika aksi berbaki 10 minit namun gagal mencari gol kedua sekali gus tumbang 2-1.

Sebelum ini, Luqman menjalani proses pemulihan selepas mengalami kecederaan hamstring di manSUMBERa otot paha kanannya disahkan koyak dua sentimeter dan perlu berehat tiga minggu.

Sebagai rekod, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu muncul pemain pertama negara yang beraksi di pentas utama liga Eropah apabila mengikat kontrak selama lima tahun dengan KVK.


Dia yang lahir daripada Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) tidak menunggu lama untuk memperagakan impaknya apabila sudah meledak dua gol buat skuad Bawah 21 tahun (B-21) KVK sebelum ini.


Ketajamannya berjaya menambat Vanderhaeghe yang menurunkan bintang muda sensasi negara itu ketika menentang RSC Anderlecht sekali gus melakar sejarah sebagai anak tempatan pertama tampil di liga Belgium.SUMBER-BH ONLINE

Luqman berpeluang beraksi bertemu Genk

 Lukman

Luqman berpeluang beraksi bertemu Genk

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin tampak sudah sedia untuk kembali berada dalam senarai pasukan KV Kortrijk (KVK) menjelang aksi liga Belgium yang akan bersambung semula hujung minggu ini.

Keyakinan itu bersandarkan kepada aksi baik yang diperagakan pemain berusia 19 tahun itu ketika perlawanan persahabatan skuad utama KVK menentang Excel Mouscron di Stade Le Canonnier kelmarin yang menyaksikan Luqman bermain selama 45 minit di babak pertama.

Walaupun KVK tewas 1-2, namun peluang beraksi dalam kesebelasan utama dimanfaatkan sebaiknya oleh tonggak kebangsaan itu dan tidak mustahil aksi berdepan KRC Genk Ahad ini di laman sendiri bakal menyaksikan Luqman meraih debut kedua dalam Jupiler Pro League selepas diturunkan ketika menentang RSC Anderlecht Oktober lalu.

Menurut sumber, pengurus pasukan KVK, Yves Vanderhaeghe berpuas hati dengan komitmen Luqman terutama selepas dia bangkit daripada kecederaan hamstring di mana otot paha kanannya disahkan koyak dua sentimeter dan perlu berehat selama tiga minggu.

"Dia (Luqman) dah pulih sepenuhnya dan perlawanan dengan Excel Mouscron adalah penampilan pertama selepas pulih daripada kecederaan.

"Dalam perlawanan itu dia berikan sepenuhnya. Walaupun sekadar aksi persahabatan, Luqman bermain sangat baik dan banyak perkembangan positif ditunjukkan.

"Kalau terus macam ini, tak mustahil lawan dengan Genk dia boleh bermain. Genk sekarang duduk di tempat kedua carta liga dan ia akan jadi pengalaman berharga buat Luqman menentang kelab-kelab besar," katanya.

Kelmarin, bekas graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu membuka tahun baharu dengan langkah kanan apabila diberi peluang berada dalam senarai utama KVK bertemu Excel Mouscron sekali gus menambah minit permainan kepadanya.

Dalam aksi persahabatan itu, Vanderhaeghe hanya mengekalkan Lucas Maus dan Adam Jakubech sepanjang 90 minit dengan pemain lain termasuk Luqman diberi peluang bermain sebagai persediaan untuk aksi sebenar hujung minggu ini.

Sebelum ini, Luqman muncul pemain pertama negara yang beraksi di pentas utama liga Eropah apabila mengikat kontrak selama lima tahun dengan KVK.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 January 2021 @ 11:33 PM