Sabtu, 24 April 2021

Luqman tunjuk skil bertinju

Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my



LUQMAN menunjukkan bakat bertinju. FOTO KV Kortrijk

Kuala Lumpur: Bintang bola sepak negara, Luqman Hakim Shamsudin sebenarnya turut berbakat dalam sukan tinju.

Ia dapat dilihat di Instagram Story kelabnya, KV Kortrijk hari ini apabila Luqman diajar gerakan atau teknik tumbukan jab di hadapan.Jelas gaya yang diperagakan Luqman cukup sempurna dan penuh dengan keyakinan.

"Satu, dua teruskan lagi Luqie (Luqman)," tulis admin laman sosial itu.

Sebelum ini, penyerang berusia 19 tahun itu turut menunjukkan perkembangan positif terutamanya perubahan susuk fizikalnya yang kelihatan lebih 'sado' dari sebelumnya.

Luqman menyertai KVK di Liga Belgium pada Ogos tahun lalu dengan mengikat kontrak panjang selama lima musim.

Dia turut melakar sejarah sebagai pemain pertama Malaysia yang membuat kemunculan dalam liga utama di Eropah.

Disiarkan pada: April 24, 2021 @ 8:28pm.1

Rabu, 21 April 2021

Menu ringan bersahur



LUQMAN

Kuala Lumpur: Ketika ada yang bersahur hidangan enak seperti nasi dengan lauk pauk, lain pula ceritanya buat bintang muda negara di Belgium, Luqman Hakim Shamsudin apabila memilih menu lebih ringan ketika bersahur.

Luqman yang beraksi dengan kelab KV Kortrijk (KVK) dalam saingan Liga Belgium memilih kurma dan roti bagi mengalas perutnya untuk ibadah puasa di siang hari.

Walaupun menunya itu serba ringkas, pemain berusia 19 tahun itu mengakui ia satu rahmat apabila dapat berpuasa di perantauan buat kali pertama selepas mengikat kontrak lima tahun dengan KVK pada Ogos tahun lalu.

"Saya bersahur pada jam 4 pagi dan pada 4.30 sudah tamat waktu bersahur. Saya hanya bersahur kurma, roti, yogurt dan air.

"Saya makan kurma untuk tenaga dan bagi saya, ia tiada masalah kerana latihan saya hanya dua jam dan boleh berehat pada sebelah petang," katanya.

Menurutnya, tempoh berpuasa yang panjang di Belgium selama 17 jam adalah pengalaman baharu buatnya.

"Letih memang letih tetapi hendak buat macam mana, saya kena paksa diri juga. Kalau di Malaysia, latihan dalam bulan puasa cuma pada waktu malam tetapi di sini (Belgium), kami ada latihan di sebelah pagi," katanya.

Saingan Liga Belgium yang baru saja berakhir pada hujung minggu lalu menyaksikan KVK menamatkan kempen musim ini di tangga ke-14 daripada 18 pasukan bertanding.

Club Brugge muncul juara dengan mengumpul 76 mata selepas mengharungi 34 aksi musim ini.

Pada aksi terakhir liga antara KVK dan Mechelen FC, pengurus pasukan, Luka Elsner menyenaraikan Luqman dalam pasukan untuk perlawanan terbabit namun penyerang Harimau Malaya itu tidak beraksi dengan pasukannya tewas 1-4.1

Disiarkan pada: April 21, 2021 @ 7:10am

___________________________________________

Khamis, 15 April 2021

Luqman Hakim berazam untuk melangkah ke Piala Dunia B-17 di Peru tahun depan.

Penyerang dari Kelantan berusia 16 tahun ini dilihat bakal menjadi ancaman utama lawan berbekalkan ledakan dua gol yang disumbangnya pada Pusingan Kelayakan Kejuaraan B-16 AFC 2018 di Indonesia tahun lalu.

PROFIL PEMAIN

NAMA: LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN

UMUR: 16

TARIKH LAHIR: 5 MAC 2002

TEMPAT LAHIR: KELANTAN

POSISI: PENYERANG

TINGGI: 170 sm

BERAT: 59 kg

HOBI: BERKENALAN

PASUKAN KEGEMARAN: MANCHESTER UNITED & BRAZIL

PEMAIN KEGEMARAN: ZICO & SHAMSUDIN MAHMMOD.i

i https://www.fam.org.my/news/kenali-pemain-malaysia-di-afc-u16-luqman-hakim-shamsudin

Khamis, 1 April 2021

[INDIVIDU TAHUN 2020] Dari Kota Bharu ke Belgium

LIZA MOKHTAR | | 30 Disember 2020




Luqman Hakim Shamsudin

Sinar Harian senaraikan 15 Individu Tahun 2020 di Malaysia.
- Luqman Hakim Shamsudin,18
Baru berusia 18 tahun namun Luqman Hakim Shamsudin berjaya membuktikan dirinya mempunyai bakat tersendiri apabila dipilih menjadi penyerang kelab bola sepak Belgium, KV Kortrijk yang dimiliki ahli perniagaan terkenal Malaysia, Tan Sri Vincent Tan.
Bintang bola sepak muda negara itu berlepas ke Belgium Ogos lalu selepas menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab berkenaan.
Penampilan bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) berasal dari Kota Bahru, Kelantan itu di pentas bola sepak Eropah ternyata tidak menghampakan apabila berjaya menjaringkan gol pertama yang membawa kepada kemenangan kelabnya ketika bertemu lawan, KFCO Beerschot Wilrijk dalam aksi Liga Belgium B-21.
Kejayaan manis itu turut dikongsi peminat yang tidak putus menzahirkan rasa teruja serta ucapan tahniah kepada Luqman.
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/116815/BERITA/Nasional/[INDIVIDU-TAHUN-2020]-Dari-Kota-Bharu-ke-Belgium© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf