Rabu, 28 Oktober 2020

Jangan malukan Luqman, Safawi

Oleh Zulfaizan Mansor - Oktober 28, 2020 @ 1:42pm

zulfaizan@bh.com.my



Penyokong di negara ini dinasihat tidak memberikan komen ‘mengarut' di laman media sosial rasmi kelab Luqman Hakim Shamsudin (kiri), KV Kortrijk dan pasukan baharu Safawi Rasid di Portugal, Portimonense SC bagi elak mereka dijadikan bahan sindiran dan ditertawakan rakan sepasukan.

KUALA LUMPUR: Penyokong alam maya atau 'netizen' diingatkan tidak memberikan komen yang melampau hingga boleh menyebabkan pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin dan Safawi Rasid menjadi bahan sindiran di Eropah.

Ia selepas terdapat komen 'mengarut' daripada segelintir rakyat negara ini di media sosial rasmi kelab Luqman, KV Kortrijk dan pasukan baharu Safawi di Portugal, Portimonense SC.

Pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustafa menjelaskan komen yang yang keterlaluan di media sosial rasmi kelab boleh mengundang sindiran atau ejekan kepada dua pemain itu dalam pasukan mereka.

Beliau berkata, secara psikologi perkara itu boleh menambah tekanan dari luar padang kepada Luqman dan Safawi ketika dua pemain itu sedang berusaha menyesuaikan diri di bumi Eropah dan pasukan baharu.

"Kita sebagai peminat perlu bersifat realistik dan adil kepada Luqman serta Safawi supaya mereka tidak dijadikan bahan sindiran dalam pasukan," katanya kepada BH Sukan, semalam.

"Kita perlu berhati-hati dan menghormati mereka, jangan memberikan tekanan tambahan. Bila jadi bahan sindiran dan ejekan ini boleh menjejaskan mental dan fokus pemain."

Antara komen yang banyak dibuat netizen termasuk mempertikai keputusan kelab Luqman dan Safawi kerana tidak menyenaraikan dua pemain itu dalam perlawanan rasmi di liga masing-masing.

Tidak kurang juga ada yang menuduh pengambilan Luqman dan Safawi sekadar hanya mahu panaskan bangku simpanan KV Kortrijk dan Portimonense.

Malah, Luqman turut mengakui bahawa ada rakan sepasukan di KV Kortrijk yang menanyakan mengenai komen yang dibuat oleh netizen dari Malaysia.

Mengulas lanjut, Sadek berkata peminat seharusnya bersabar dan memberi ruang kepada Luqman dan Safawi menyesuaikan diri dengan realiti yang ada di Eropah.

"Penyokong perlu realistik bahawa standard yang ada di liga Eropah jauh lebih tinggi dan dalam aspek ini, sebagai manusia mereka patut lalui proses penyesuaian bukan hanya dari aspek bola sepak, malah merangkumi sosial dan budaya serta nilai dalam latihan dan pertandingan," katanya. SUMBER-SUKAN BH ONLINE

Selasa, 27 Oktober 2020

Luqman selalu kena marah

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Siapa kata Luqman Hakim Shamsudin dilayan seperti VVIP sepanjang dua bulan penyerang sensasi muda negara itu berada di bumi Belgium bersama kelabnya, KV Kortrijk (KVK) sejak Ogos lalu.

Luqman, 18, yang didakwa sebagai anak emas kepada pemilik KVK, Tan Sri Vincent Tan oleh sesetengah pihak sebaliknya tidak 'kebal' apabila dia sering dimarahi ketika latihan apabila melakukan kesilapan.

Pengalaman itu dikongsikan sendiri oleh Luqman yang mengakui pernah dimarahi oleh rakan sepasukan ketika di dalam latihan.

Bagaimanapun, Luqman atau digelar Luqie oleh rakan sepasukannya, menganggap setiap teguran daripada rakan sepasukan adalah proses pembelajaran di mana semangat pemain ketika menjalani latihan cukup tinggi dan boleh diibaratkan seperti sebuah perlawanan.

"Saya rasa bersyukur dapat banyak belajar daripada jurulatih dan pemain senior, memang syukur sangat-sangat. Lepas itu, dia orang ini (rakan sepasukan) jenis semangat nak menang itu penting, tak kisahlah main dalam latihan ke, perlawanan persahabatan ke, semangat dia orang memang tinggi.

"Saya berlatih sekali (pasukan utama) semangat menang dah macam itu (nak menang), dalam perlawanan lagilah tak tahu nak cakap macam mana. Tak kisah kamu siapa, dia orang akan marah saja (kalau buat kesilapan).

"Itu biasa (marah jika buat salah) dan saya ambil ia sebagai pengalaman daripada mereka. Paling terkejut tidak kira berapa umur, selagi buat salah memang akan kena marah. Saya pun kena marah. Kenapa buat macam ini dan itu.

"Tapi macam saya katakan, saya tak kisah sebab saya memang datang nak belajar dan baguskan permainan saya. Saya ambil sebagai ilmu dan pengalaman," katanya ketika dihubungi oleh Arena Metro.

Ternyata teguran demi teguran yang diterima Luqman akhirnya membuahkan hasil apabila dia diberi kepercayaan untuk turun dalam skuad utama KVK berdepan RSC Anderlecht pada Jumaat lalu.

Meskipun hanya masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-74 menggantikan Petar Golubovic, ia dianggap sejarah baharu untuk muncul sebagai pemain pertama Malaysia membuat penampilan dalam liga utama Belgium, Jupiler Pro League.

Walaupun hanya beraksi kira-kira 16 minit terakhir, namun kemasukan Luqman juga dilihat berjaya memberi impak dengan gerakannya membolehkan KV Kortrijk mendapat sepakan penalti pada penghujung perlawanan yang berkesudahan KVK tewas 1-3.

Luqman yang mengikat kontrak selama lima musim bersama KVK berkata lagi, dia memuji komitmen tinggi pasukan yang berlatih seolah tiada lagi esok hari bagi mereka.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2020 @ 10:12 PM

Isnin, 26 Oktober 2020

Amanat Vincent pembakar semangat

 SUKAN



LUQMAN (kiri) beraksi selepas dimasukkan untuk menggantikan Goloubovic pada minit ke-74 ketika KVK menentang RSC Anderlecht di Guldensporen Stadion awal pagi semalam.

Amanat Vincent pembakar semangat

Oleh KOSMO!

25 Oktober 2020, 10:10 am

Oleh MOHD. FARIQ

INGAT, seluruh rakyat Malaysia akan menyaksikan kamu. Jangan takut dan harumkan nama negara.”

Itulah pendedahan ekslusif penyerang sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin ketika menceritakan kembali amanat istimewa Tan Sri Vincent Tan sebelum melakukan debut bersama KV Kortrijk (KVK) awal pagi semalam.

Biarpun tewas 1-3 kepada RSC Anderlecht pada aksi Liga Pro Belgium, Luqman, 18, mengakui amanat pemilik KVK, Vincent berjaya menaikkan motivasinya sebaik membuat penampilan pertama dengan KVK apabila menggantikan Petar Golubovic pada minit ke-74.

Ternyata percaturan jurulatih KVK, Yves Vanderhaeghe membawa masuk pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu membuahkan hasil apabila berjaya mendapatkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Ilombe Mboyo pada minit ke-87.

Mengulas lanjut, Luqman tanpa berselindung mendedahkan dia semakin positif untuk terus berada dalam kesebelasan utama KVK pada perlawanan akan datang.

Satu keputusan yang bukan diinginkan tetapi secara peribadi, saya berpendapat keyakinan saya bertambah lebih baik biarpun diturunkan pada lewat perlawanan.

Impian saya telah tercapai dan aksi ini adalah langkah pertama saya, tetapi amanat Tan Sri (Vincent Tan) antara salah satu faktor menaikkan motivasi saya kerana beliau mengingatkan saya supaya serius apabila membawa nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Saya akui perlawanan bertambah sukar selepas kami ke­tinggalan 0-3, tetapi paling penting bagi saya adalah dapat merasai pengalaman kali pertama bermain di Liga Pro Belgium,” katanya ketika dihubungi di Kortrijk semalam.

Luqman mengakui kekalahan itu juga telah mematangkan sebagai seorang pemain bola sepak profesional.

Jelas Luqman, dia akan tampil lebih berani dan agresif sekira namanya sekali lagi disenaraikan dalam skuad utama pada perlawanan akan datang.

Lebih mustahak, Luqman mendedahkan dia sudah bersedia untuk memburu jaringan sulung di pentas Jupiler Pro League jika dapat bermain dalam kese­belasan utama KVK.

Sementara itu, Vincent me­lahirkan rasa gembira kerana akhirnya jurulatih KVK membenarkan Luqman beraksi dalam pasukan utama meskipun sebagai pemain gantian.

Meskipun Luqman tidak menjaringkan gol, namun ia permulaan bagus untuk karier Luqman pada Liga Pro Belgium. Saya yakin bahawa Luqman akan menjaringkan gol apabila diberi peluang lebih banyak untuk beraksi bersama skuad utama,” kata Vincent.

MOHD FARIQ adalah penulis bebas/SUMBER-KOSMO ONLINE

Ahad, 25 Oktober 2020

Vincent buat Luqman 'panas'

Oleh Mohd Fariq - Oktober 25, 2020 @ 1:39pm

bhsukan@bh.com.my



Gambar fail, Penyerang muda kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin memperagakan jersi KV Kortrijk bersama pemilik kelab KV Kortrijk, Tan Sri Vincent Tan sambil disaksikan Duta Besar Belgium ke Malaysia, Pascal Gregoire selepas menandatangani pada Majlis Menandatangani Perjanjian Luqman Hakim Shamsudin dan KV Kortrijk di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada Ogos lalu. - Foto Aizuddin Saad

Gambar fail, Penyerang muda kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin memperagakan jersi KV Kortrijk bersama pemilik kelab KV Kortrijk, Tan Sri Vincent Tan sambil disaksikan Duta Besar Belgium ke Malaysia, Pascal Gregoire selepas menandatangani pada Majlis Menandatangani Perjanjian Luqman Hakim Shamsudin dan KV Kortrijk di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada Ogos lalu. - Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: "Ingat, seluruh rakyat Malaysia akan menyaksikan kamu. Jangan takut dan harumkan nama negara!"

Itulah pendedahan ekslusif daripada penyerang negara, Luqman Hakim Shamsudin yang menceritakan kembali amanat istimewa daripada Tan Sri Vincent Tan ketika melakukan penampilan sulung bersama KV Kortrijk (KVK) awal pagi semalam.

Biarpun tewas 1-3 kepada RSC Anderlecht pada aksi Jupiler Pro League, Luqman, 18, mengakui pesanan pemilik KVK, Vincent Tan berjaya menaikkan motivasinya sebaik membuat penampilan pertama dengan KVK apabila menggantikan Petar Golubovic pada minit ke-74.

Ternyata percaturan jurulatih KVK, Yves Vanderhaeghe membawa masuk pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu membuahkan hasil apabila berjaya mendapatkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Ilombe Mboyo pada minit ke-87.

Mengulas lanjut, Luqman tanpa berselindung mengakui dia semakin positif untuk terus berada dalam kesebelasan utama KVK pada perlawanan akan datang.

"Satu keputusan yang bukan diinginkan oleh kami tetapi secara peribadi, saya berpendapat keyakinan saya bertambah lebih baik biarpun diturunkan berbaki 16 minit perlawanan terakhir.

"Impian saya telah tercapai dan perlawanan ini adalah langkah pertama saya tetapi amanat Tan Sri (Vincent Tan) antara salah satu faktor telah menaikkan motivasi saya kerana Tan Sri mengingatkan saya supaya sentiasa serius apabila membawa nama Malaysia di pentas antarabangsa.

"Saya akui perlawanan bertambah sukar selepas kami ketinggalan 0-3 tetapi paling penting bagi saya adalah saya dapat merasai pengalaman buat pertama kali bermain di Jupiler Pro League ini," katanya ketika dihubungi di Kortrijk semalam.

Dalam perkembangan sama, Luqman mengakui kekalahan itu juga mematangkannya sebagai seorang pemain bola sepak profesional.

Jelas Luqman, dia akan tampil lebih berani dan agresif sekiranya namanya sekali lagi dalam skuad utama pada perlawanan akan datang.

Lebih mustahak, Luqman mendedahkan dia sudah bersedia untuk memburu jaringan sulung di pentas Jupiler Pro League jika dapat bermain dalam kesebelasan utama KVK.

"Keyakinan saya semakin naik, mungkin 100 peratus lagi (bertambah naik) sebaik saya diturunkan.

"Saya akan lebih bersedia jika dapat diturunkan dalam kesebelasan utama dan mungkin saya mahu mencari gol pertama buat KVK selepas ini," ujarnya.

Sementara itu, Vincent mengakui gembira selepas Luqman akhirnya diberi peluang beraksi bersama skuad utama.

"Walaupun Luqman tidak menjaringkan gol, ia satu permulaan kariernya dalam liga bola sepak Belgium.

"Saya yakin Luqman akan menjaringkan gol apabila diberi lebih banyak peluang beraksi bersama skuad utama," katanya.sumber- bh online

Sabtu, 24 Oktober 2020

Luqman Hakim lakar sejarah di bumi Belgium

ZURAIMEE ZAINAL | | 24 Oktober 2020




Luqman Hakim ketika bersedia untuk dimasukkan pada perlawanan Jupiler Pro League di Stadium Guldensporen, Kortrijk.
IMPIAN rakyat Malaysia untuk menyaksikan penampilan pertama anak tempatan di pentas saingan liga utama Eropah tercapai apabila Luqman Hakim Shamsudin diturunkan mengalas cabaran KV Kortrijk ketika melayan kunjungan Anderlecht pada aksi Jupiler Pro League di Stadium Guldensporen, Kortrijk.
Penampilan bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) berusia 18 tahun itu secara tidak langsung mengakhiri penantian bintang sensasi negara berkenaan sejak tiba ke Belgium pada Ogos lalu dengan kontrak lima tahun bersama kelab berkenaan.
Pemain berasal dari Kota Bharu itu membuat penampilan pertama pada minit ke-74 bagi mengantikan Petar Golubovic ketika tuan rumah ketinggalan tiga gol hasil jaringan Lucas Nmecha pada minit keenam dan (68') serta Percy Tau (30').
Percaturan pengendali Vanderhaeghe Yves memasukan Luqman berbaloi apabila pemain muda negara itu menjadi pencetus kepada pemain-pemain De Kerels untuk merapatkan jurang jaringan hasil jaringan Ilombe Mboyo pada minit ke-86 untuk keputusan 3-1.
Keputusan itu meletakkan KV Kortrijk kini berada pada kedudukan kesembilan liga dengan 14 mata manakala Anderlecht melonjak ke tangga keenam dengan 17 mata selepas kedua-dua pasukan mengharungi 10 perlawanan.
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/106719/BERITA/Sukan/Luqman-Hakim-lakar-sejarah-di-bumi-Belgium© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Luqman pahat sejarah

 Luqman pahat sejarah



Oleh Rozaidi Zulkifli

24 Oktober 2020, 7:27 am

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi negara Luqman Hakim Shamsudin melakar sejarah sebagai pemain Malaysia pertama beraksi di liga utama Eropah apabila dimasukkan pada minit ke-74 ketika pasukannya KV Kortrijk tewas 1-3 kepada RSC Anderlecht awal pagi tadi.

Bagaimanapun, pencapaian Luqman tampil buat kali pertama dalam liga utama Belgium itu sudah cukup membanggakan peminat bola sepak tempatan.

Pemain berusia 18 tahun itu dimasukkan pada minit ke-74 menggantikan Golubovic dan berjaya memberi impak dengan membawa kepada gol tunggal KV Kortrijk yang dijaringkan Llombe Mboyo menerusi sepakan penalti pada minit ke-87 selepas ketinggalan 0-3.

Penyerang kelahiran Kota Bharu itu menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Belgium milik usahawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan pada Ogos lalu.

Luqman yang baru menyertai KVK pada Ogos lalu difahamkan berjaya memikat pengurusan pasukan sepanjang tiga aksi bersama skuad bawah 21 tahun (B-21) KVK yang menyaksikan dia sudah meledak tiga gol bersama skuad pembangunan itu sekali gus diberi kepercayaan menyarung jersi skuad utama.

Luqman lakar sejarah, beri impak besar [VIDEO].SUMBER-UM ONLINE

Jumaat, 23 Oktober 2020

Luqman lakar sejarah, beri impak besar [VIDEO]

 MyMetroArena



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penantian peminat bola sepak tanah air untuk melihat pemain muda negara Luqman Hakim Shamsuddin beraksi bersama skuad utama KV Kortrijk akhirnya tercapai apabila dia diturunkan menentang Anderlecht awal pagi tadi.

Pemain yang berasal dari Kota Bharu Kelantan itu diturunkan pada minit ke-74 menggantikan Petar Golubović untuk beraksi di posisi sayap kiri.

Jelas sekali, walaupun hanya bermain 15 minit pada perlawanan terbabit, Luqman yang memakai jersi nombor sembilan turut berperanan membantu pasukan mengatur serangan ke kubu lawan meskipun dia dilihat pemain paling kecil di atas padang.

Pada perlawanan terbabit, KV Kortrijk yang menghuni tangga kesembilan liga, terpaksa akur tewas 1-3 kepada Anderlecht.

Perlawanan yang berlangsung Stadium Guldensporen menyaksikan pasukan pelawat mendahului 3-0 menerusi penyerang mereka Lukas Nmecha pada minit ke-6 dan 65 manakala Percy Tau pula minit ke 35.

Skuad kendalian Yves Vanderhaeghe berjaya memperoleh gol saguhati menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Ilombe Mboyo tiga minit sebelum perlawanan tamat.

Melihat kepada gaya permainan Luqman pada penampilan sulung itu, ia memberi bayangan kemungkinan khidmatnya akan diperlukan lagi pada perlawanan seterusnya menentang Zulte Waregem, Selasa depan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2020 @ 7:58 AM

Luqman lakukan persiapan terbaik

MyMetroArena


Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bintang sensasi bola sepak negara, Luqman Hakim Shamsudin mengakui gembira dan akan cuba pamerkan aksi terbaik sekiranya diturunkan bersama skuad utama KV Kortrijk (KVK) bertemu RSC Anderlecht di Stadium Guldensporen, Kortrijk, awal pagi nanti.

Jelas pemain muda berusia 18 tahun itu, dia sama sekali tidak menyangka diberi peluang sepantas ini untuk disenaraikan bersama 18 pemain senior lain dalam pasukan yang beraksi di divisyen satu liga Belgium serta dikenali sebagai Jupiler Pro League.

Katanya, dia memanjatkan penuh kesyukuran dan bersedia untuk diturunkan dalam perlawanan itu seandainya diarahkan oleh Yves Vanderhaeghe.

"Perasaan saya agak gembira dan syukur dan Alhamdulillah... saya gembira sangat-sangat. Kalau diberi peluang (bermain) saya akan cuba beri aksi sebaik mungkin," katanya.

Skuad kendalian Vanderhaeghe berdepan pasukan berstatus gergasi RSC Anderlecht di halaman sendiri.

Luqman yang baru menyertai KVK pada Ogos lalu difahamkan berjaya memikat pengurusan pasukan sepanjang tiga aksi bersama skuad bawah 21 tahun (B-21) KVK yang menyaksikan dia sudah meledak tiga gol bersama skuad pembangunan itu.

Apa yang pasti, peminat bola sepak negara pastinya teruja dengan berita itu apatah lagi aksi menentang RSC Anderlecht turut menarik perhatian memandangkan pasukan itu kini di bawah bimbingan bekas ketua pasukan Manchester City, Vincent Kompany.

Berdasarkan prestasi semasa pasukan, dijangka penyerang utama KVK, Ilombe Mboyo bakal menggalas tugas di depan Eric Ocansey selepas seorang lagi penyerang prolifik, Terem Moffi dijual kepada kelab Ligue 1 Perancis, FC Lorient pada bulan lalu.

Begitupun, sejak ketiadaan Moffi, jentera serangan KVK dilihat agak tumpul apabila hanya meledak empat gol dalam empat aksi yang menyaksikan mereka tewas dua kali, seri sekali dan menang sekali.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2020 @ 3:16 PM

Luqman lakar sejarah di Belgium

Oktober 24, 2020 @ 6:47am



Luqman Hakim dimasukkan pada minit ke-73 perlawanan antara KV Kortrijk dan RSC Anderlecht. - Foto ihsan Facebook KV Kortrijk

KUALA LUMPUR: Luqman Hakim Shamsudin melakar sejarah sebagai pemain Malaysia pertama beraksi di liga utama Eropah apabila dimasukkan pada minit ke-73 perlawanan antara KV Kortrijk dan RSC Anderlecht awal pagi tadi.

Walaupun pasukannya, KV Kortrijk tewas 3-1 pada perlawanan itu, penampilan Luqman dalam liga utama Belgium itu sudah cukup membanggakan.

Malah kemasukannya pada minit ke-73 selepas ketinggalan 3-0 membawa kepada gol tunggal KV Kortrijk yang dijaringkan Llombe Mboyo menerusi sepakan penalti pada minit ke-87.

Penyerang 18 tahun negara itu diikat lima tahun oleh kelab Belgium milik usahawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan pada Ogos lalu.

Dia diberi kepercayaan untuk menyarung jersi skuad senior dalam perlawanan di liga divisyen satu Belgium itu semalam selepas menyerlah bersama skuad muda KV Kortrijk. SUKAN BH ONLINE

Kortrijk senarai Luqman Hakim berdepan Anderlecht

ZURAIMEE ZAINAL | | 23 Oktober 2020




Luqman Hakim disenaraikan dalam memperkuatkan cabaran skuad senior KV Kortrijk menjelang kunjungan kelab gergasi Belgium, RSC Anderlecht Sabtu ini.
PENYERANG sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin disenaraikan dalam memperkuatkan cabaran skuad senior KV Kortrijk menjelang kunjungan kelab gergasi Belgium, RSC Anderlecht bagi saingan Jupiler Pro League di Stadion Guldensporen, Kortrijk pada Sabtu pagi.
Perkara ini disahkan hasil tinjauan ke laman web KV Kortrijk apabila senarai rasmi pemain-pemain De Kerels untuk aksi ke-10 kedua-dua kelab berkenaan dikeluarkan pada hari ini.
KV Kortrijk dibimbing Vanderhaeghe Yves kini berada pada kedudukan kelapan liga dengan 14 mata hasil empat kemenangan, dua seri dan tiga tewas selepas mengharungi sembilan perlawanan.
Sementara Anderlecht kendalian bekas pemain Manchester City, Kompany Vincent pula berada di kedudukan kesembilan liga dengan 14 mata hasil tiga kemenangan, lima seri dan sekali tewas setelah mengharungi sembilan perlawanan.
Untuk rekod ini adalah kali julung kali permain berasal dari Kota Bharu Kelantan itu disenaraikan dalam kesebelasan utama kelab itu sejak berlepas ke Belgium pada Ogos lalu.
Bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) berusia 18 tahun itu sebelum ini menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab dimiliki taikun perniagaan negara, Tan Sri Vincent Tan.SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/106543/BERITA/Sukan/Kortrijk-senarai-Luqman-Hakim-berdepan-Anderlecht
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Luqman disenarai jumpa Anderlecht?

Oleh Zulfaizan Mansor - Oktober 22, 2020 @ 8:48pm

zulfaizan@bh.com.my





Luqman Hakim Shamsudin

KUALA LUMPUR: Adakah impian rakyat Malaysia untuk melihat penampilan pertama Luqman Hakim Shamsudin dalam liga utama Belgium akan terlaksana pada pertembungan dengan Anderlecht, awal pagi Sabtu ini?

Ini selepas akaun Instagram peminat kelab KV Kortrijk, kvkortrijkfans mendakwa penyerang muda kelahiran Kota Bharu itu tersenarai dalam skuad untuk aksi berkenaan.

"Luqman disenarai dalam skuad untuk perlawanan menentang Anderlecht, esok," tulis laman Instagran itu beserta gambar Luqman.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan adakahLuqman bakal tersenarai atau tidak untuk perlawanan penting itu yang mana KV Kortrijk dan Anderlecht kini berkongsi 14 mata dengan masing-masing menghuni kedudukan kelapan dan kesembilan liga.

Lebih menguatkan berita itu apabila Duta Besar Belgium ke Malaysia, Pascal H Gregoire turut menyatakan Luqman bakal tersenarai menentang Anderlecht menerusi ciapan di laman Twitter.

Apa yang pasti, kenyataan itu memberikan harapan tinggi buat peminat bola sepak sepak di Malaysia yang masih menantikan penampilan sulung Luqman dalam Jupiler Pro League itu.

Lebih menarik, Anderlecht kini dibawah bimbingan bekas ketua pasukan Manchester City, Vincent Kompany.

Sebelum ini, Luqman sudah pernah bersama skuad utama KV Kortrijk dalam aksi persahabatan selain turut mempamerkan aksi yang memberansangkan bersama skuad bawah 21 tahun kelab itu.SUMBER-SUKAN BH ONLINE


Khamis, 22 Oktober 2020

Luqman disenarai bertemu Anderlecht

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Selepas terperap hampir dua bulan beraksi bersama skuad pembangunan sebelum ini, penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin akhirnya berpeluang meraih penampilan pertama bersama skuad utama KV Kortrijk (KVK) pada Sabtu ini.

Menerusi pendedahan kelab penyokong KVK di laman sosial sebentar tadi, difahamkan Luqman bakal disenaraikan dalam aksi menentang Anderlecht, di Stadium Guldensporen, Kortrijk.

Jika benar, ia adalah berita paling dinantikan peminat bola sepak tanahair yang sentiasa mengikuti perkembangan penyerang berusia 19 tahun itu.

Untuk rekod, Luqman mengikat kontrak selama lima musim dengan KVK selepas berhijrah daripada Selangor II Ogos lalu.

Sejak Luqman tiba di KVK, dia hanya beraksi bersama skuad B-21 KVK dan setakat tiga penampilannya, Luqman berjaya meledak tiga gol buat pasukan itu.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2020 @ 8:29 PM

Kortrijk senarai Luqman Hakim berdepan Anderlecht

ZURAIMEE ZAINAL | | 23 Oktober 2020




Luqman Hakim disenaraikan dalam memperkuatkan cabaran skuad senior KV Kortrijk menjelang kunjungan kelab gergasi Belgium, RSC Anderlecht Sabtu ini.
PENYERANG sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin disenaraikan dalam memperkuatkan cabaran skuad senior KV Kortrijk menjelang kunjungan kelab gergasi Belgium, RSC Anderlecht bagi saingan Jupiler Pro League di Stadion Guldensporen, Kortrijk pada Sabtu pagi.
Perkara ini disahkan hasil tinjauan ke laman web KV Kortrijk apabila senarai rasmi pemain-pemain De Kerels untuk aksi ke-10 kedua-dua kelab berkenaan dikeluarkan pada hari ini.
KV Kortrijk dibimbing Vanderhaeghe Yves kini berada pada kedudukan kelapan liga dengan 14 mata hasil empat kemenangan, dua seri dan tiga tewas selepas mengharungi sembilan perlawanan.
Sementara Anderlecht kendalian bekas pemain Manchester City, Kompany Vincent pula berada di kedudukan kesembilan liga dengan 14 mata hasil tiga kemenangan, lima seri dan sekali tewas setelah mengharungi sembilan perlawanan.
Untuk rekod ini adalah kali julung kali permain berasal dari Kota Bharu Kelantan itu disenaraikan dalam kesebelasan utama kelab itu sejak berlepas ke Belgium pada Ogos lalu.
Bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) berusia 18 tahun itu sebelum ini menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab dimiliki taikun perniagaan negara, Tan Sri Vincent Tan.
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/106543/BERITA/Sukan/Kortrijk-senarai-Luqman-Hakim-berdepan-Anderlecht© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Khamis, 15 Oktober 2020

Luqman wira skuad B-21 KV Kortrijk [VIDEO]

MyMetroArena



BERNAMA

Kuala Lumpur: Pemain muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin meledak gol kemenangan bagi membantu skuad Bawah 21 Tahun (B-21) KV Kortrijk menewaskan KFCO Beerschot Wilrijk, 1-0 pada aksi Kumpulan 2 Liga Belgium B-21, hari ini.

Gol tunggal perlawanan yang dijaringkan Luqman Hakim menerusi tandukan itu hadir pada minit ke-83, menurut laman sesawang https://azscore.com/football/game/kfco-beerschot-wilrijk-kv-kortrijk-202... dan ciapan Twitter @pemain_ke_12.

Ia merupakan kemenangan keempat KV Kortrijk selepas mengharungi enam perlawanan dan menyaksikan kelab itu kini berada di kedudukan keempat dengan mengumpul 14 mata.

Luqman Hakim, 18, berlepas ke Belgium pada Ogos lalu menandatangani kontrak lima tahun bersama KV Kortrijk yang dimiliki taikun perniagaan Malaysia Tan Sri Vincent Tan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2020 @ 11:50 PM

Rabu, 14 Oktober 2020

Luqman ‘steady’ berbasikal ke latihan



LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN

Oleh Media Mulia

13 October 2020, 8:54 pm

KUALA LUMPUR: Bukan kereta atau motosikal kuasa tinggi menjadi pilihan Luqman Hakim Shamsudin, sebaliknya pemain remaja sensasi negara itu memilih untuk berbasikal ke sesi latihan KV Kortrijk di Belgium.

Kata Luqman dengan berbasikal untuk bersiar-siar atau berulang-alik dari rumah ke padang latihan, ia secara tidak langsung turut membantu mengekalkan stamina.

Ia memudahkan saya mengayuh basikal ke tempat latihan pada waktu pagi dan juga ke bandar.

Ia (basikal baharu) lebih laju daripada basikal lama. Saya gembira dan ia mudah,” katanya dalam video yang dimuat naik dalam Facebook rasmi KV Kortrijk hari ini.

Sikap bersederhana pemain berusia 19 tahun itu menarik perhatian peminat yang tidak henti-henti menghambur pujian.

Pada Ogos lalu, Luqman menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab divisyen satu Belgium itu dan dikatakan menerima gaji RM15,000 sebulan. SUMBER-UM ONLINE

Gol saya biasa-biasa’



LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN

Oleh Rozaidi Zulkifli

14 October 2020, 2:47 pm

KUALA LUMPUR: Luqman Hakim Shamsudin meledak gol rasmi pertamanya di Belgium apabila muncul wira skuad Bawah 21 tahun (B-21) KV Kortrijk dengan meledak gol tunggal perlawanan untuk membantu pasukan itu melakar kemenangan 1-0 ke atas KFCO Beerschot Wilrijk dalam Kumpulan 2 Liga Belgium B-21 semalam.

Gol kemenangan itu hadir menerusi tandukan pada minit ke-83 sekali gus membantu Kortrijk mencatat kemenangan keempat.

KV Kortrijk kini berada di kedudukan keempat liga tersebut dengan mengumpul 14 mata hasil empat kemenangan daripada enam perlawanan.

Luqman,18, mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kejayaannya di sana dan berharap terus mendapat sokongan padu bagi mengembangkan kariernya di Eropah.

Alhamdulillah terima kasih Ya Allah , walaupun gol biasa-biasa… berkat doa anda semua.

Ini gol pertama untuk aksi sebenar tahun ini. Merah sentiasa di hati,” tulisnya dalam akaun Twitter @luqmansham10.

Pemain kelahiran Kelantan itu berlepas ke Belgium pada Ogos lalu dengan menandatangani kontrak selama lima tahun bersama KV Kortrijk yang dimiliki taikun perniagaan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan. SUMBER-UM ONLINE

Selasa, 13 Oktober 2020

Luqman selamba berbasikal ke padang [VIDEO]

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Jika segelintir pemain bola sepak profesional memandu kereta mewah atau menunggang motosikal berkuasa tinggi ke pusat latihan, lain ceritanya bagi penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin yang memilih basikal untuk ke padang latihan.

Luqman, 18, yang menyertai kelab liga utama Belgium, KV Kortrijk (KVK) pada Ogos lalu membeli sebuah basikal baharu semalam bagi memudahkan pergerakannya untuk menjalani latihan dan bersiar-siar di bandar Kortrijk.

Malah, selain digunakan untuk ke pusat latihan, ia juga secara tidak langsung dapat membantu membina staminanya ketika berulang alik daripada rumahnya ke padang latihan.

"Ia mudahkan saya mengayuh basikal pada pagi untuk ke tempat latihan dan juga ke bandar. Ia (basikal baru) lebih laju daripada basikal yang sebelum ini. Saya sangat gembira dan ia mudah," katanya dalam video pendek yang dimuat naik kelabnya di laman Facebook rasmi KVK.

Video terbabit turut mencuri perhatian ribuan peminat bola sepak negara yang mengikuti rapat perkembangan pemain yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu.

Ramai yang memuji sikap bersederhana Luqman itu yang tidak boros berbelanja meskipun dia sebenarnya mampu untuk mendapatkan kenderaan mewah atapun menyewa kereta seperti Mercedes-Benz, Audi dan Ford.

Peminatnya, Nasrin Rahim berkata, kesusahan sekarang pasti akan membuahkan hasil dan tidak mustahil suatu hari nanti Luqman akan memandu kereta mewah ke pusat latihan.

"Pelan-pelan kayuh Luqman, pergi latihan naik basikal mula dari bawah. Satu hari nanti kalau dah berjaya di Eropah, ko pergi latihan naik Mustang, Ferrari, Lamborgini dan lain-lain," katanya.

Nicklos Nex pula berkata, penggunaan basikal akan dapat membantu Luqman membina otot supaya lebih sedia dengan cabaran di pentas Eropah.

"Takpa man (Luqman)..basikal pun basikallah. Yang penting ko 'perform' kat sana. Kayuh basikal lagi bagus, kuatkan daya tahan otot. "Sebagai pemain bola, memang kekuatan dan daya tahan otot kaki diperlukan selain kekuatan tubuh badan," kata Nicklos.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2020 @ 7:55 PM

Isnin, 12 Oktober 2020

Usah perlekeh 'jenama' Malaysia

Oleh Zulfaizan Mansor - Oktober 11, 2020 @ 2:47pm

zulfaizan@bh.com.my



Bintang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin (kiri) dan Safawi Rasid.

KISAH keberanian bintang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin dan Safawi Rasid berkelana di bumi Eropah dilihat menjadi penyeri di sebalik situasi suram arena bola sepak negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19.Sekurang-kurangnya ada juga cerita yang boleh dijadikan bahan bualan masyarakat di kedai kopi ketika Harimau Malaya terpaksa berehat panjang dari aksi antarabangsa susulan wabak itu yang melanda dunia.

Tambahan pula, Liga Malaysia (Liga M) juga tampak tidak semeriah seperti biasa dengan perlawanan berlangsung tanpa penonton dan aksi lebih singkat yang mana Liga Super dan Liga Perdana hanya berlangsung satu pusingan.

Justeru, cerita remaja dari Kelantan, Luqman terbang ke Belgium, Ogos lalu dan anak muda kelahiran Terengganu, Safawi berlepas ke Portugal, awal bulan ini menarik perhatian umum.

Di sebalik perpindahan yang sepatutnya dibanggakan itu, sebenarnya banyak juga komen atau cakap-cakap negatif yang keluar dari mulut rakyat negara ini terutama menerusi kumpulan yang bergelar netizen di media sosial.

Apa yang menyedihkan, belum sempat Luqman tandatangan kontrak rasmi lima tahun bersama kelab KV Kortrijk, sudah ada komen atau cerita yang tidak enak didengar yang dilemparkan terhadap perpindahannya itu.Lebih perit apabila ada yang mendakwa penghijrahannya berlaku disebabkan bantuan 'kabel' kerana pemilik kelab Belgium itu, Tan Sri Vincent Tan adalah rakyat Malaysia.

Malah, sebelum dia berlepas ke Belgium pun, masih ada yang memperlekeh tindakan berani pemain yang baru berusia 18 tahun itu untuk membawa diri mencari pengalaman sejauh benua Eropah.Situasi sama juga turut terpalit kepada Safawi yang kini menyertai kelab Portugal, Portimonense SC secara pinjaman selama semusim.

Ada yang mengejek dan memperlekeh perpindahan itu dengan mendakwa perpindahan itu berjaya kerana bantuan daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dan bukannya kerana kelayakan dimiliki Safawi.

Status penghijrahannya secara pinjaman juga menjadi bahan ejekan segelintir pihak yang menganggap ia bukan satu pencapaian yang boleh dibanggakan kerana bukan kontrak tetap yang ditandatangani.

Ada yang merendahkan semangat dua pemain dari Pantai Timur ini dengan menyifatkan mereka tidak akan bertahan lama atas beberapa faktor terutama kerana tidak mampu sesuaikan diri sebagai 'warga barat'.

Persoalannya, kenapa masih ada masyarakat kita yang bersikap demikian sedangkan pemain muda seperti Luqman dan Safawi pergi membawa nama Malaysia.Kecaman dan ejekan itu seolah-olah meletakkan hukuman buat Luqman dan Safawi atas kesilapan pemain terdahulu yang pulang dengan kegagalan selepas berkelana di Eropah.

Bukan tidak boleh kritik, tetapi biarlah kena pada tempat dan masanya. Berilah mereka peluang untuk membuktikan potensi masing-masing, bukannya belum lagi jejak kaki di Eropah kita sudah mengata macam-macam.Tidak mustahil kelab KV Kortrijk yang disertai Luqman dan Portimonense SC diwakili Safawi akan menjadi tapak untuk mereka terus mengembangkan bakat di Eropah.

Itulah juga sasaran utama Safawi yang menyimpan hasrat meletakkan namanya dikenali di seluruh dunia, selain cuba memikat kelab utama di Eropah.

Kita sepatutnya berbangga dengan produk atau jenama Malaysia yang sudah memasuki pasaran luar negara, bukannya cepat menghukum kerana mengutuk, mengecam dan mengejek ketika ini sangat mudah, hanya di hujung jari.

Pemain yang masih mentah seperti Luqman sangat memerlukan sokongan dan dorongan daripada seluruh rakyat Malaysia kerana kehidupan seorang diri di negara orang tidak semudah yang kita fikirkan.Lebih mengecewakan, segelintir orang kita lebih mengagungkan produk atau jenama import yang mana bila dengar sahaja nama pemain 'mat salleh', terus dianggap hebat.Mulut kumpulan netizen atau 'pengkritik tetap' ini tidak akan terhenti kerana tugas lebih berat menanti Luqman dan Safawi apabila pulang nanti.

Perkara itu sudah pernah dilalui Hadi Fayyadh Abdul Razak yang kini beraksi bersama kelab Jepun, Fagiano Okayama.Hadi dikritik hebat apabila dianggap gagal mempamerkan aksi cemerlang ketika pulang menyarung jersi skuad muda negara pada Sukan SEA tahun lalu.

Jadi bersedialah, sekiranya pulang untuk tugas bersama Harimau Malaya nanti, 'pengkritik tetap' ini akan lupa siapa anda wahai Luqman dan Safawi.

Apa yang mereka mahu adalah melihat aksi anda sehebat Eden Hazard dan Cristiano Ronaldo.

INFO

Safawi Rasid

Umur: 23 tahun

Asal: Dungun, Terengganu

Posisi: Sayap, penyerang

Pasukan pernah disertai:

2015: T-Team

2017: JDT

2020: Portimonense SC

Nilai pasaran (Transfermarkt): RM1.46 juta

Pencapaian:

Juara Liga Super: 2017, 2018, 2019, 2020

Juara Piala Malaysia: 2017, 2019

Anugerah Pemain Tengah Terbaik: 2018

Anugerah Penyerang Terbaik: 2019

Anugerah Pemain Paling Bernilai: 2018, 2019

Luqman Hakim Shamsudin - Foto FB KV Kortrijk

Luqman Hakim Shamsudin - Foto FB KV Kortrijk

Luqman Hakim Shamsudin

Umur: 18 tahun

Asal: Kota Bharu, Kelantan

Posisi: Penyerang

Pasukan pernah disertai:

2020: Selangor 2

2020: KV Kortrijk

Nilai pasaran (Transfermarkt) : RM244,000

Pencapaian: Penjaring Terbanyak Kejuaraan AFC B-16 2018.SUMBER-BH ONLINE

Khamis, 8 Oktober 2020

Luqman dapat peluang lagi

MyMetroArena



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyerang Bawah 19 Tahun negara, Luqman Hakim Shamsuddin semakin hampir untuk beraksi dalam saingan liga utama Belgium apabila dia akan diuji dalam perlawanan persahabatan menentang kelab divisyen dua Belgium dalam masa terdekat ini.

Pemain berasal dari Kota Bharu itu dijangka akan diturunkan menentang dua kelab Divisyen 2 Belgium bersama barisan pemain utama KV Kortrijk sekali gus memberi pengalaman bermakna buat Luqman pada masa akan datang.

Menerusi ciapan twitter pencipta kandungan KV Kortrijk, Jordi Callens memaklumkan bahawa tonggak B-19 negara itu akan diturunkan kali kedua menentang RWD Molenbeek dan Club NXT nanti.

"Apa yang saya tahu, Luqman akan diberi peluang dalam perlawanan persahabatan hujung minggu ini," katanya.

Luqman yang mula menyertai KVK pada Ogos lalu tidak menunggu lama untuk mencipta impak apabila dia mencetak satu gol untuk membantu pasukan utama menewaskan BX Brussel 2-1 pada aksi persahabatan sebelum ini.

Malah, ia adalah jaringan keduanya selepas sebelum itu meledak satu gol ketika skuad B-21 KVK tewas 4-1 di tangan KRC Gent yang juga aksi persahabatan.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2020 @ 7:22 PM


Luqman Hakim dapat pengalaman berharga

Oleh Syafiq Aznan - Oktober 7, 2020 @ 10:24pm

syafiq.aznan@bh.com.my



Gambar fail - Luqman Hakim Shamsudin ketika tiba di Belgium bagi menyertai kelab KV Kortrijk.

KUALA LUMPUR: Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin terus mengutip pengalaman berharga di bumi Eropah sekalipun pasukannya tewas 4-3 pada aksi latihan pertama menentang RWD Molenbeek, kelmarin.

Pada aksi menentang pasukan divisyen dua itu, pengendali KV Kortrijk, Yves Vanderhaeghe meletakkan penyerang berusia 18 tahun itu di bangku simpanan terlebih dahulu sebelum dia masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-63.

Masuk ketika pasukannya ketinggalan 1-3, kehadiran Luqman dan seorang lagi pemain, Kristof D'Haene jelas membantu KV Kortrijk kembali dalam permainan apabila pasukan itu berjaya mengikat kedudukan kepada 3-3.

Bagaimanapun, pasukan lawan meledak gol kemenangan menerusi satu serangan balas pantas pada minit ke-74 untuk menjadikan kedudukan 4-3 yang kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Selepas ini, KV Kortrijk akan turun beraksi dalam satu lagi perlawanan latihan menentang akademi Club Brugge, Kelab NXT, Jumaat ini dengan Luqman dijangka terus diberi peluang beraksi bersama pasukan utama itu.

Sebagai rekod, Luqman yang menyertai pasukan dari Belgium itu pada Ogos lalu tidak menunggu lama untuk mencetus impak apabila dia meledak satu gol untuk membantu pasukan utama menewaskan BX Brussel 2-1 pada aksi pemanas badan sebelum ini.

Malah, ia adalah jaringan keduanya selepas sebelum itu dia turut mencetak satu gol ketika diturunkan dalam aksi persahabatan skuad Bawah 21 tahun (B-21) KV Kortrijk menentang KRC Gent yang berakhir dengan kekalahan 4-1 buat barisan muda KV Kortrijk.SUMBER-SUKAn bh online

Selasa, 6 Oktober 2020

Luqman terus beri impak

MyMetroArena



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsuddin sekali lagi menarik perhatian peminat bola sepak tanah air apabila namanya tersenarai dalam skuad utama KV Kortrijk ketika berdepan sebuah kelab Divisyen Dua Liga Belgium hari ini.

Walaupun disenaraikan hanya sebagai pemain simpanan, namun situasi terbabit cukup menarik perhatian umum apabila kemampuannya semakin mendapat perhatian pengendali KV Kortrijk.

Melalui platform laman media sosial Facebook dan juga Twitter dapat disaksikan bahawa ramai peminat bola sepak Malaysia teruja melihat nama Luqman Hakim dalam skuad itu dan memberikan kata-kata semangat kepada prospek masa depan Harimau Malaya itu.

Pada perlawanan terbabit, KV Kortrijk tewas 3-4 kepada RWD Molenbeek namun jelas kemasukan Luqman memberi impak positif kepada pasukan apabila pada awalnya ketinggalan 1-3.

Walaupun pemain berasal daripada Kota Bharu, Kelantan, itu tidak menjaringkan gol, kemasukkannya pada minit 65 berjaya membantu pasukan menyamakan kedudukan 3-3 sebelum tewas dengan perbezaan satu jaringan gol.

Luqman yang mula menyertai KVK pada Ogos lalu tidak menunggu lama untuk mencipta impak apabila dia mencetak satu gol untuk membantu pasukan utama menewaskan BX Brussel 2-1 pada aksi persahabatan sebelum ini.

Malah, ia adalah jaringan keduanya selepas sebelum itu meledak satu gol ketika skuad B-21 KVK tewas 4-1 di tangan KRC Gent yang juga aksi persahabatan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2020 @ 10:59 PM