Jumaat, 4 September 2020

Luqman jalani latihan senior pertama

LUQMAN Hakim Shamsudin menjalani latihan pertama bersama skuad KV Kortrijk di Kortrijk, Belgium semalam. - IHSAN KV KORTRIJK

Oleh Media Mulia4 September 2020, 1:49 pm

KUALA LUMPUR: Selepas meledak gol dalam penampilan sulung bersama skuad bawah 21 tahun (B-21) minggu lalu, semalam Luqman Hakim Shamsudin menjalani latihan pertamanya bersama skuad senior KV Kortrijk.Menyedari perkembangan pemain berusia 18 tahun itu sentiasa diikuti oleh peminat bola sepak Malaysia, Kortrijk memuat naik beberapa gambar dan video latihan rasmi Luqman bersama skuad liga utama Belgium tersebut dalam media sosial.

Luqman dilihat tidak menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan rakan-rakan sepasukan baharu yang jauh lebih dewasa.Bagaimanapun Kortrijk tidak menyatakan bilakah pemain kelahiran Kota Bharu itu akan membuat kemunculan sulung dalam perlawanan Divisyen A Belgium.

Perlawanan liga terdekat Kortrijk adalah menentang Royal Excel Mouscron di laman sendiri pada 14 September.Selepas tamat empat perlawanan musim ini, Kortrijk kini menduduki tangga keempat liga dengan mengumpul tujuh mata hasil dua kemenangan, satu seri dan satu kalah.Minggu lalu, Luqman meledak gol tunggal skuad B-21 Kortrijk ketika mereka tewas 1-4 kepada KRC Genk.

Luqman yang merupakan graduan pertama Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan produk Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) tiba di Belgium tiga minggu lalu selepas menandatangani kontrak lima tahun.


SUMBERhttps://www.instagram.com/stories/kv_kortrijk/2389940431671797388/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan