Ahad, 27 September 2020

Peluang emas Luqman

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Peluang keemasan kini terbentang luas buat penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin untuk merebut tempat dalam skuad utama kelab Belgium, KV Kortrijk (KVK) selepas rakan penggempur, Terem Moffi dijual kepada kelab Ligue 1 Perancis, FC Lorient.

Perpindahan Moffi itu dengan yuran perpindahan berjumlah €8 juta (RM38.6 juta) seolah membuka jalan buat Luqman mengisi kekosongan ditinggalkan penyerang dari Nigeria itu.

Luqman, 18, yang baru menyertai KVK pada Ogos lalu dengan kontrak lima musim ketika ini perlu meningkatkan fizikal dan stamina bersama skuad pembangunan kelab itu.

Difahamkan, pengurusan pasukan gembira dan memuji komitmen Luqman yang diakui mempunyai potensi besar menyerlah terutama kelebihan dari aspek kelajuan dan ketajamannya di depan gol.

Namun dengan berita penghijrahan Moffi itu, Luqman perlu segera merebut dan harus membuktikan kemampunnya di dalam latihan meskipun sebelum ini mencetak dua gol dalam dua aksi persahabatan bersama skuad utama dan B-21 KVK.

Sementara itu, rekod perpindahan Moffi adalah tertinggi selepas sebelumnya dipegang Youcef Atal yang berhijrah ke OGC Nice pada 2018 dengan yuran perpindahan €3 juta atau RM14.5 juta.

KVK sebelum ini menolak tawaran sebesar €5 juta dari Lorient kerana merasakan harga berkenaan sedikit rendah dibandingkan kualiti yang dimiliki pemain berusia 21 tahun itu.

Lorient kemudian membuat bidaan akhir berjumlah €8 juta dan nilai itu dianggap memadai bagi melepaskan Moffi ke kelab Perancis itu.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2020 @ 6:01 AM

Jumaat, 25 September 2020

Luqman besarkan otot dulu

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Peminat bola sepak tempatan kemungkinan perlu menunggu lebih lama untuk melihat penyerang sensasi muda negara, Luqman Hakim Shamsudin meraih caps pertamanya di Liga Pro Jupiler musim ini.

Luqman, 18, yang menyertai kelab utama Belgium, KV Kortrijk (KVK) selama lima musim masih menanti peluang untuk diturunkan meskipun sudah merekodkan dua gol dalam dua aksi persahabatan.Sebelum ini, ayam tambatan itu berjaya membantu skuad utama meraih kemenangan 2-1 dalam perlawanan pemanas badan menentang BX Brussel dengan dia meledak satu gol dan satu lagi ketika beraksi bersama skuad B-21 KVK ketika tewas 1-4.

Menurut sumber, fokus Luqman ketika ini untuk membina otot dan fizikal lebih baik memandangkan tahap liga Belgium yang dilihat cukup sengit dan amat kompetitif.

Begitupun, ia tidak bermakna Luqman tiada dalam perancangan pasukan tetapi pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu perlu diberi masa menyesuaikan diri dengan ekosistem bola sepak Eropah.

"Sejak Luqman tiba di KVK, dia menunjukkan prestasi cukup bagus dan komitmen tinggi sepanjang latihan. Paling utama, Luqman memiliki potensi untuk menyinar dan kelebihan yang ada sudah tentu kelajuan.

''Dia memang laju berbanding pemain lain dan itu aset KVK. Tapi pasukan mahu beri lebih masa kepada Luqman terutama membina otot, fizikal dan kecergasan supaya dia benar-benar sedia untuk diturunkan kelak.

"Apapun, kita doakan Luqman berjaya dan beraksi dalam skuad utama tidak lama lagi," kata sumber.

Berdasarkan tinjauan Arena Metro di laman sosial rasmi KVK sama ada di Facebook mahupun Instagram, kelibat Luqman tidak kelihatan bersama pasukan utama kendalian, Yves Vanderhaeghe.

Sebaliknya mungkin Luqman kembali menjalani latihan dengan skuad simpanan KVK bagi meningkatkan lagi tahap permainannya.

Kali terakhir penyerang skuad B-19 tahun negara itu menjalani latihan dengan skuad utama dua minggu lalu untuk persiapan aksi persahabatan menentang BX Brussel.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2020 @ 7:01 AM

Jumaat, 18 September 2020

Sah terpateri ikatan Luqman Hakim-KV Kortrijk



AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | | 6 Ogos 2020
Dari kiri, Gregoire, Vincent, Luqman Hakim dan Johan Kamal pada majlis menandatangani kontrak di ibu kota tengah hari tadi.
PENYERANG muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin akhirnya sah memeterai perjanjian secara rasmi dengan kelab Belgium, KV Kortrijk.
Dalam satu majlis yang berlangsung di ibu negara tengah hari tadi, penyerang kelahiran Kota Bahru, Kelantan berusia 18 tahun itu telah menandatangani kontrak selama lima tahun.
Majlis itu turut dihadiri pemilik KV Kortrijk yang juga hartawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan; Duta Belgium, H E Pascal Gregoire dan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon.
"Kita semua harus berbangga apabila Luqman Hakim muncul sebagai anak Malaysia pertama beraksi dalam liga divisyen pertama di Eropah dan mewakili antara kelab utama di Belgium.
"Ingin saya nasihatkan kepada Luqman Hakim, bermainlah dengan bersungguh-sungguh apabila mendapat peluang. Paling penting dapat menjaringkan gol dan membuatkan rakyat Malaysia berasa bangga," kata Vincent dalam ucapannya.
Pada Disember tahun lalu, Luqman Hakim yang juga bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) telah ditawarkan kontrak untuk beraksi bersama kelab divisyen utama Belgium itu.
Mengikut perancangan asal, Luqman Hakim akan menyertai KV Kortrijk pada Mac lalu apabila usianya mencecah 18 tahun. Sebelum itu, dia dijadualkan berlatih selama tiga bulan bersama kelab Cardiff City mulai Disember lalu.
Bagaimanapun, Luqman Hakim tidak dapat ke Cardiff dipercayai akibat masalah visa sebelum dia terpaksa menangguhkan hasrat menyertai KV Kortrijk lebih awal ekoran penularan pandemik Covid-19 Februari lalu.
Luqman Hakim kini mengikuti kem latihan pusat bersama skuad Bawah 19 tahun (B-19) negara yang kini dalam persiapan bagi menghadapi Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Uzbekistan Oktober depan.SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/95429/BERITA/Sukan/Sah-terpateri-ikatan-Luqman-Hakim-KV-Kortrijk© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Ketiadaan Luqman Hakim cetus tanda tanya

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI | | 14 September 2020



Luqman Hakim

Biarpun KV Kortrijk berjaya menewaskan kelab tercorot Divisyen 1 A Liga Profesional Jupiler, R Excel Mouscron 3-0 awal pagi tadi, peminat bola sepak tanah air pastinya tertanya-tanya mengenai ‘ketiadaan’ pemain muda negara Luqman Hakim Shamsudin.

Setelah mencipta impak tersendiri dengan menjaringkan gol tunggal skuad bawah 21 tahun KV Kortrijk yang tewas 1-4 kepada KRC Gent 26 Ogos lalu selain meledak satu gol ketika membantu skuad senior menewaskan BX Brussel 2-1 pada aksi persahabatan 5 September lalu, kelibat pemain berusia 18 tahun itu pastinya dinanti-nantikan peminat bola sepak tanah air.Bagaimanapun, nama pemain berasal dari Kota Bharu itu yang diberitakan mungkin melakukan debut sulungnya bersama skuad The Reds itu turut tidak berada dalam senarai pemain simpanan pasukan kendalian Yves Vanderhaeghe itu.

Perlawanan awal pagi tadi menyaksikan KV Kortrijk menewaskan R Excel Mouscron menerusi jaringan pemain kelahiran Republik Congo, Ilombe Mboyo pada minit ke-59, Giles Dewaele (m-63) dan pemain kelahiran Ghana, Eric Ocansey pada minit ke-83).

Skuad The Reds itu bagaimanapun gagal menambah jaringan biarpun berdepan Mouscron yang beraksi dengan 10 pemain apabila pemain kelahiran Cameroon Jean Onana dan Danny Hacko (Montenegro) dilayangkan kad merah pada minit ke-32 dan 85.Kemenangan berkenaan menyaksikan KV Kortrijk kini berkongsi kedudukan kedua dengan Standard Lige dengan mengumpul 10 mata hasil tiga kemenangan, seri sekali dan tewas sekali daripada lima perlawanan setakat ini.Apa pun, diharapkan agar Luqman Hakim akan dapat diturunkan dalam kesebelasan utama skuad KV Kortrijk pada aksi seterusnya berdepan Lige 20 September ini di Stadium Maurice Dufrasne.

SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/101017/BERITA/Sukan/Ketiadaan-Luqman-Hakim-cetus-tanda-tanya© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Luqman bersungguh mahu berkelana

MyMetroArena



Firdausfirdaushashim@hmetro.com.my

"Impian saya untuk bermain di luar negara. Walau macam mana pun dekat sana, saya kena hadap kerana inilah impian saya, inilah yang saya nak."

Itu jawapan Luqman Hakim Shamsudin ketika ditemubual oleh sebuah portal youtube tempatan mengenai hala tuju masa depannya.

Walaupun tidak mengiyakan dakwaan dirinya akan kekal bersama Selangor II dalam saingan Liga Malaysia atau memilih kelab Belgium, KV Kortrijk, namun kesungguhannya untuk mencapai impian beraksi di Eropah seolah membayangkan dia bakal berhijrah ke luar negara.

Kata Luqman, impiannya masih sama iaitu untuk beraksi di luar negara dan dia akui sudah sedia untuk menyahut cabaran itu.

Malah, pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu juga berkata, dia mahu mengubah nasib keluarganya dan mahu menghantar ibu bapanya menunaikan umrah di Tanah Suci.

"Sekarang memang tidak rasa (rindukan keluarga). Di sana baru rasa. Bagi Luqman mestilah ada rasa rindu semua. Tetapi tujuan satu sahaja iaitu untuk tolong 'family'. Balik Malaysia kena kecam pulak nanti. Jadi Luqman akan terus kekal," katanya.

Berkongsi mengenai bagaimana untuknya menyesuaikan diri dengan pemakanan di sana, Luqman menjelaskan yang pastinya ia tidak akan menjadi masalah besar buatnya dibantu pengalaman ketika bersama Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Untuk rekod, AMD ketika di bawah kendalian Lim Teong Kim sering membawa pasukan termasuk Luqman menjelajah ke Eropah berbulan-bulan bagi membiasakan pemain muda negara dengan situasi dan cuaca di benua itu.

Sebelum ini, Arena Metro mendedahkan penjaring terbanyak Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia B-16 pada 2018 itu ditawarkan kontrak selama lima tahun oleh KV Kortrijk dengan nilai gaji RM15,000 sebulan beserta sebuah rumah.

Malah, difahamkan sekiranya prestasi Luqman meningkat, kelab Belgium berkenaan tidak berdepan masalah untuk menilai semula tangga gajinya dan sedia menambah nilai pendapatan penyerang licik itu.

Bagaimanapun, sehingga kini dia belum memutuskan tentang masa depannya biarpun KV Kortrijk secara rasminya menawarkan kontrak kepadanya.


Difahamkan, kelewatan itu disebabkan beberapa syarat yang diletakkan oleh Selangor selepas dia mengikat kontrak dengan skuad Red Giants itu pada Mac lalu.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Jun 2020 @ 7:01 PM

Taring baru harimau

MyMetroUtama



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kejayaan penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin meledak dua gol dalam dua aksi bersama KV Kortrijk (KVK) di Belgium turut mendapat perhatian barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya.

Luqman, 18, yang mencetak gol sulung bersama skuad utama KVK serta satu lagi gol ketika beraksi dengan pasukan B-21 KVK jelas memiliki potensi besar yang boleh dipertaruhkan di peringkat antarabangsa.

Menurut pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, beliau mengikuti rapat perkembangan Luqman di Liga Belgium dan mengakui kagum dengan sikap penyerang muda itu yang pantas menyesuaikan diri di sana.

Justeru, beliau tidak keberatan memberi peluang kepada Luqman disenaraikan dalam latihan pusat skuad senior selepas ini.

"Saya suka setiap kali latihan ada pemain muda yang menonjol untuk diserapkan ke dalam pasukan kebangsaan.

"Pintu sentiasa terbuka buat mana-mana pemain bukan saja Luqman, malah begitu juga dengan pemain lain.

"Sudah tentu ia (kejayaan Luqman menjaringkan dua gol) satu perkara yang positif dan petanda baik kerana dia boleh cepat menyesuaikan diri di Eropah.

"Jadi memang baguslah untuk bola sepak Malaysia dan dalam masa sama, untuk pasukan negara juga memang bagus," katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Menerusi laporan akhbar ini semalam, jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah mencadangkan barisan kejurulatihan senior negara memberi peluang kepada Luqman.

Kata Azraai, prestasi memberangsangkan Luqman di Eropah meskipun baharu sebulan berada di sana menandakan pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu sedia menggalas tugas bersama pasukan kebangsaan.

Antara tugasan penting yang bakal menanti Luqman sekiranya dipanggil oleh Cheng Hoe adalah menghadapi baki aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang dijangka bersambung pada Mac tahun depan.

"Memang kita sentiasa memantau kerana setiap pemain kita kena pantau prestasi mereka dan juga perkembangan masing-masing," kata Cheng Hoe yang dilantik sebagai jurulatih negara pada Disember 2017 lalu bagi menggantikan Nelo Vingada.

Untuk rekod, Luqman menyertai kelab divisyen satu Belgium itu dengan kontrak panjang selama lima musim dan muncul sebagai pemain pertama Malaysia yang beraksi dalam liga utama Eropah.

Luqman yang mula menyertai KVK pada Ogos lalu tidak menunggu lama untuk mencipta impak apabila dia mencetak satu gol untuk membantu pasukan utama menewaskan BX Brussel 2-1 pada aksi persahabatan minggu lalu.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 September 2020 @ 6:35 AM

Luqman sertai latihan skuad senior KVK

MyMetroArenaFirdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

IMPIAN penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin untuk membuat penampilan pertama di bumi Eropah semakin hampir apabila dia mula menyertai sesi latihan bersama skuad senior KV Kortrijk (KVK) hari ini.

Menerusi video latihan pasukan yang dimuat naik di laman Facebook KVK itu, Luqman dilihat ceria berlatih di bawah kendalian pengurus, Yves Vanderhaeghe.

Perkembangan ini sememangnya dinantikan oleh tonggak berusia 18 tahun itu sejak tiba di bumi Belgium pada pertengahan bulan lalu.

Sebelum ini, Luqman menjalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari sebaik tiba di negara itu.

Dia kemudian tidak menunggu lama untuk mencetuskan impak apabila berjaya meledak gol ketika aksi persahabatan bersama skuad B-21 KVK minggu lalu.

Meskipun aksi itu berkesudahan tewas 1-4, namun ketajaman Luqman serta kepantasannya di depan gawang berjaya memikat Yves Vanderhaeghe untuk memanggilnya bersama skuad utama.

Siapa tahu, pada aksi kelima Liga Pro Jupiler Isnin ini, Luqman mungkin diberi peluang untuk turun menentang Royal Excel Mouscron di Stadium Guldensporen yang juga gelanggang rasmi KVK.

Ketika ini, KVK berada di tangga keempat liga dengan tujuh mata selepas empat aksi dan berpeluang menambah tiga mata ekoran prestasi tidak menentu Royal Excel Mouscron yang kini didasar liga.SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2020 @ 9:19 PM

Khamis, 17 September 2020

Keluarga angkat Luqman nak belajar masakan Malaysia [VIDEO]

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

KELUARGA angkat penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin yang juga rakyat Belgium mengakui teruja untuk belajar masakan Malaysia.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh kelabnya, KV Kortrijk (KVK), keluarga angkat Luqman yang dikenali sebagai Arnout sudah membeli dua buku masakan Malaysia sebaik terpilih oleh KVK untuk menjadi keluarga angkat.

Kata Arnout, dia amat teruja menyambut kehadiran Luqman yang dianggap permata baharu kelab KVK.

"Apabila saya tahu mereka (KVK) sedang mencari keluarga angkat, saya terus menghubungi kelab kerana saya adalah penyokong kuat KVK.

"Saya rasa sangat teruja untuk memiliki pemain menjalani kehidupan di rumah saya.

"Selain itu saya juga mahu belajar memasak masakan Malaysia kerana saya memang suka memasak. Saya sudah beli dua buah buku masakan makanan Malaysia dan ia satu penemuan yang hebat," katanya.

Luqman yang turut berada dalam video itu dilihat gembira dan selesa tinggal bersama keluarga baharunya itu.

Malah, video baharu yang dimuatnaik oleh rakan sepasukan Luqman dilaman sosial beberapa jam kemudian, menyaksikan Luqman menjalani latihan di gimnasium dengan bersemangat.

sumber-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2020 @ 6:48 PM

Luqman biasakan diri dengan pasukan

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Ketiadaan bintang bola sepak negara, Luqman Hakim Shamsudin dalam skuad utama KV Kortrijk (KVK) langsung tidak mematahkan semangat penyerang muda berusia 18 tahun itu yang akan terus bersabar menanti peluang diturunkan.

Menerusi status di laman sosialnya, Luqman akan terus berusaha memikat hati pengendali pasukan, Yves Vanderhaeghe untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan terutama dalam saingan Liga Pro Jupiler.

Dia yang sudah meledakkan dua gol bersama skuad B-21 KVK dan skuad utama dalam aksi persahabatan sebelum ini masih berpeluang untuk diturunkan pada aksi akan datang.

"Sang juara akan terus bermain, hingga tiba masa yang tepat (turun beraksi)," katanya yang mengikat kontrak selama lima musim dengan kelab divisyen satu Belgium itu.

Terdahulu, penjaring terbanyak saingan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah-16 2018 di Kuala Lumpur itu dilihat memulakan latihan bersama skuad utama KVK minggu lalu.

Kehadiran Luqman dalam latihan itu seolah memberi bayangan pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu kemungkinan akan diturunkan pada aksi menentang Royal Excel Mouscron, Sabtu lalu.

Namun hasrat peminat bola sepak tempatan untuk melihat penampilan sulung Luqman tidak kesampaian apabila namanya langsung tidak disenaraikan oleh Vanderhaeghe.

Begitupun, menurut sumber Luqman kemungkinan bakal meraih kap penampilan pertama pada awal atau pertengahan bulan depan.

"Ketika ini pengurus (Vanderhaeghe) nak Luqman biasakan dulu dengan rakan sepasukan dalam skuad utama. Mungkin bulan depan kita boleh lihat penampilan Luqman nanti.

"Tapi buat masa ini, Luqman dah berjaya buktikan kemampuan dia dalam beberapa aksi bersama skuad simpanan dan hanya tunggu masa yang sesuai untuk dia beraksi," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2020 @ 7:13 PM

Selasa, 8 September 2020

Populariti KV Kortrijk melonjak

MyMetroArena

GAYA Luqman selepas menjaringkan gol dalam aksi persahabatan bersama KV Kortrijk, kelmarin.

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.myPENYERANG muda sensasi negara Luqman Halim Shamsuddin jelas sekali membawa 'pakej' berharga buat KV Kortrijk, selain mampu menjadi penggempur dia turut berperanan melonjak populariti kelab terbabit di media sosial.

Menerusi data yang dikeluarkan KPMG Football Benchmark, populariti laman media sosial kelab Belgium itu meningkat secara luar biasa iaitu 58.7 peratus sepanjang bulan lalu.Malah, laman berkenaan turut menganggap perpindahan penyerang muda sensasi negara sebagai antara penyumbang kepada peningkatan tinggi populariti laman sosial KV Kortrijk. Analisis sosial media itu dibuat KPMG Football Benchmark dari 1 hingga 31 Ogos lalu.

Arena Metro yang melihat laman sosial kelab terbabit di Facebook dan Instagram mendapati rata-rata rakyat Malaysia membanjiri ruangan komen dan turut menyukai setiap perkara yang dimuat naik kelab itu sejak awal bulan lalu.KPMG Football Benchmark adalah platform interaktif yang memberikan pemahaman dan analisis mendalam mengenai perniagaan bola sepak dan mereka juga membuat penilaian mengenai nilai pasaran pemain.

Selain itu, kelab K Beerschot pula menduduki tangga kedua di belakang Kortrijk dengan peningkatan pengikut media sosial sebanyak 14.6 peratus.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2020 @ 8:37 PM

Isnin, 7 September 2020

Luqman intai aksi pertama liga

LUQMAN Hakim Shamsudin meraikan jaringannya dalam aksi persahabatan KV Kortrijk kelmarin.

Oleh Media Mulia

7 September 2020, 1:24 pmKUALA LUMPUR: Biarpun gembira berjaya menyesuaikan diri dengan cepat bersama KV Kortrijk dan kehidupan baharu di Belgium, namun Luqman Hakim Shamsudin tidak mahu terlalu teruja dan fokusnya kini adalah memburu tempat beraksi dalam saingan sebenar liga utama.

Kelmarin, penyerang remaja negara itu membuktikan kehadirannya di bumi Eropah bukan atas ‘ihsan’ pemilik KVK Kortrijk, Tan Sri Vincent Tan sebaliknya kerana kualiti dan bakat selepas meledak gol dalam aksi sulung bersama skuad senior.Walaupun sekadar perlawanan persahabatan, namun gol itu diharap menutup mulut segelintir pihak yang mempertikaikan kemampuannya sebelum dia terbang ke Belgium.

Dalam aksi tersebut, penyerang berusia 18 tahun itu meledak satu gol untuk membantu kelabnya menewaskan BX Brussel 2-1.


Ia gol keduanya selepas menyertai kelab itu bulan lalu, yang mana Luqman telah membuka akaun jaringan ketika beraksi bersama skuad B-21 KVK ketika tewas 1-4 kepada KRC Gent.


Alhamdulillah dapat menjaringkan gol tetapi saya tak boleh cepat lupa diri kerana mak selalu berpesan, jangan mudah dabik dada dalam apa-apa perkara.


Sebagai pemain bola sepak sudah tentu saya sentiasa cuba berikan yang terbaik kepada pasukan, malah saya bertuah memiliki rakan-rakan yang bagus.


Fokus saya sekarang adalah merebut tempat dalam kesebelasan utama pada perlawanan liga yang akan datang,” katanya.


KV Kortrijk yang kini menduduki tangga keempat Divisyen A Belgium akan menentang Royal Excel Mouscron dalam perlawanan di tempat sendiri, Isnin depan.

Selepas Luqman menunjukkan perkembangan positif pada bulan pertama di Belgium, peminat kini tidak sabar untuk melihat pemain kelahiran Kota Bharu itu membuat penampilan sulung bersama skuad senior Kortrijk dalam saingan utama.

Perlawanan pertama sangat bagus walaupun sukar untuk saya kerana ini kali pertama bagi saya beraksi di Eropah.Setiap pemain push, push, push dan bagus untuk saya belajar (gaya) permainan di Eropah. Saya sangat gembira menjaringkan gol pertama ini untuk skuad utama… saya amat gembira.

Sukar di sini untuk saya. Sangat susah. Jadi, saya perlu berusaha keras dan tidak berputus asa,” katanya menerusi video temubual yang dikongsikan kelabnya di laman rasmi Twitter KVK.

Luqman juga mengakui bernasib baik kerana mempunyai rakan sepasukan yang banyak membantunya serta sering memberi semangat ketika di dalam dan di luar padang.

Kami sering berkomunikasi dan mereka banyak membantu. Saya kena tingkatkan lagi permainan selepas ini kerana bukan mudah dapat tempat,” katanya yang mengikat kontrak selama lima musim bersama KVK.


Dengan aksi konsisten yang dipamerkan produk Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari itu, tidak mustahil dia mampu memikat kepercayaan pengurus kelab Yves Vanderhaeghe untuk disenaraikan dalam saingan divisyen satu Belgium itu.SUMBER-SUKAN UM ONLINE

FB KVK kena 'serang' [VIDEO]

MyMetroArena

LUQMAN mula menjadi sebutan di Facebook rasmi KVK. FOTO AIZUDDIN SAAD

KEJAYAAN Luqman Hakim Shamsudin mengikat kontrak dengan KV Kortrijk (KVK) disambut baik oleh penyokong bola sepak tempatan, malah Facebook rasmi KVK kini turut dibanjiri peminat dari Malaysia.


Keterujaan itu dapat dilihat di ruangan komen video mengumumkan Luqman sebagai pemain baharu kelab divisyen satu Belgium itu.


Video pengumuman selama 1 minit 38 saat itu sememangnya berjaya membangkitkan keterujaan peminat yang tidak henti-henti mengucapkan tahniah kepada penyerang muda negara itu.


Malah, dalam video itu juga turut menampilkan Luqman yang bercakap dalam bahasa Belanda serta loghat Kelantan yang mencuit hati peminat negara.

Daripada jutaan ucapan tahniah, ucapan daripada bekas pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal paling mencuri tumpuan di laman Twitter.


Jurulatih yang berjaya menghadiahkan Piala AFF pada 2010 itu mengakui berbangga dengan pencapaian Luqman dan beliau tidak sabar untuk melihat Luqman beraksi.


"Ini berita baik untuk bakat dari Malaysia. Saya ucap selamat maju jaya dan berharap dalam melihat aksinya nanti. Buat kami bangga, Luqman," kata jurulatih itu.


Semalam, Luqman melakar sejarah baharu dalam arena bola sepak negara apabila muncul pemain profesional pertama dari Malaysia yang beraksi di liga utama Eropah.


Pada majlis menandatangani kontrak yang disaksikan pemilik KV Kortrijk, Tan Sri Vincent Tan di sini itu, Luqman ditawarkan kontrak selama lima musim dengan gaji RM15,000-RM25,000 sebulan.


Dia yang digelar 'The Golden Boy' ekoran tercalon dalam 80 bintang muda terbaik dunia dalam anugerah 'Golden Boy' musim ini, dijadualkan berangkat ke Belgium minggu hadapan dan akan menyertai latihan bersama pasukan utama.


SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2020 @ 4:47 PM


Ahad, 6 September 2020

Golden Boy tak gentar

MyMetroUtama


LUQMAN sedia rebut tempat dalam KV Kortrijk. FOTO Mohd Fadli Hamzah 

Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my"PEMAIN-PEMAIN di luar negara ada sepasang kaki, saya pun ada sepasang kaki, jadi buat apa saya nak takut."

Itu kata-kata Luqman Hakim Shamsudin yang sudah bersedia untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan KV Kortrijk yang kini beraksi dalam saingan divisyen satu Liga Belgium atau lebih popular dipanggil Jupiler Pro League.

kesebelasan utama pasukan KV Kortrijk yang kini beraksi dalam saingan divisyen satu Liga Belgium atau lebih popular dipanggil Jupiler Pro League.

Luqman, 18, yang baharu menandatangani kontrak lima musim bersama kelab itu selamat terbang ke Belgium awal pagi semalam dan dia dijangka akan menyertai pasukan selepas tamat tempoh kuarantin selama 14 hari di sana.

Jelas penyerang berbisa itu, cabaran buat dirinya sudah tentu hadir pada sesi latihan pertama akan datang dengan dia perlu memberi aksi terbaik sekali gus cuba memikat perhatian pengurus pasukan, Yves Vanderhaeghe.

Bagaimanapun, dia perlu berhadapan dengan rakan sepasukan yang memiliki fizikal lebih besar dan berpengalaman terutama pemain daripada benua Afrika serta Eropah.


Katanya, dia tidak gentar untuk menghadapi cabaran itu dan sedia bersaing secara sihat dalam pasukan.


"Apa yang saya alami dan cabaran saya kat sana, saya akan alami dan takkan putus asa. Sebab itu yang saya nak tolong keluarga dan saya nak banggakan negara Malaysia.


"Apa pun cabaran saya kena terima. Saya dah janji dalam diri saya sendiri. Jiwa saya kena kental," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, awal pagi semalam.


Minggu lalu, Luqman melakar sejarah baharu dalam arena bola sepak negara apabila muncul pemain profesional pertama dari Malaysia yang beraksi di liga utama Eropah.


Dia yang digelar The Golden Boy ekoran tercalon dalam 80 bintang muda terbaik dunia dalam anugerah Golden Boy difahamkan akan meraih pendapatan RM15,000-RM25,000 sebulan disamping sebuah rumah dan elaun-elaun lain.


Menurut Luqman lagi, dia mahu membuka lembaran baharu dalam hidupnya dan berharap rakyat Malaysia sentiasa berdoa untuknya.


"Apa yang saya ada saya akan gunakan sebaik mungkin dan yang lepas saya anggap sebagai sejarah. Sekarang ini permulaan baru bagi saya di mana permulaan ini saya jadikan sebagai semangat. Kalau boleh saya harap doa rakyat Malaysia takkan putus buat saya," katanya.

Berita berkaitan


• Luqman sarung jersi nombor 9


• Ibu Luqman bekalkan daging serunding


• Luqman teruja 'terbang' ke Belgium [METROTV]


• Tak kisah penat demi negara, KV Kortrijk


• Misi ubah persepsi Eropah


• FB KVK kena 'serang'


• Jaring gol bukan jadi simpanan - Vincent


• Reezal mahu Luqman rebut peluang terhidang


• Luqman boleh 'kecek' Inggeris


• Luqman sah milik KV Kortrijk


• Luqman atasi Greenwood, Haaland


• Luqman dahului Anugerah Golden Boy


• Luqman terus dapat perhatian Eropah


SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Ogos 2020 @ 7:01 AM

Luqman sertai latihan skuad senior KVK

MyMetroArena

AKSI Luqman ketika sesi latihan KVK.

Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

IMPIAN penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin untuk membuat penampilan pertama di bumi Eropah semakin hampir apabila dia mula menyertai sesi latihan bersama skuad senior KV Kortrijk (KVK) hari ini.Menerusi video latihan pasukan yang dimuat naik di laman Facebook KVK itu, Luqman dilihat ceria berlatih di bawah kendalian pengurus, Yves Vanderhaeghe.

Perkembangan ini sememangnya dinantikan oleh tonggak berusia 18 tahun itu sejak tiba di bumi Belgium pada pertengahan bulan lalu.

Sebelum ini, Luqman menjalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari sebaik tiba di negara itu.Dia kemudian tidak menunggu lama untuk mencetuskan impak apabila berjaya meledak gol ketika aksi persahabatan bersama skuad B-21 KVK minggu lalu.

Meskipun aksi itu berkesudahan tewas 1-4, namun ketajaman Luqman serta kepantasannya di depan gawang berjaya memikat Yves Vanderhaeghe untuk memanggilnya bersama skuad utama.

Siapa tahu, pada aksi kelima Liga Pro Jupiler Isnin ini, Luqman mungkin diberi peluang untuk turun menentang Royal Excel Mouscron di Stadium Guldensporen yang juga gelanggang rasmi KVK.

Ketika ini, KVK berada di tangga keempat liga dengan tujuh mata selepas empat aksi dan berpeluang menambah tiga mata ekoran prestasi tidak menentu Royal Excel Mouscron yang kini didasar liga.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2020 @ 9:19 PM

Luqman Hakim ledak gol lagi

MyMetroArena

Luqman (kiri) meraikan jaringan bersama skuad utama KV Kortrijk. FOTO KVK

Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

PENYERANG muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin membuktikan memiliki ketajaman sentuhan penyudah apabila berjaya meledak gol pertama bersama skuad utama KV Kortrijk (KVK) semalam.

Meskipun ia sekadar aksi persahabatan, Luqman berjaya membuktikan kehadirannya di bumi Eropah bukan kerana tiket ihsan pemilik KVK, Tan Sri Vincent Tan sebaliknya atas kualiti dan bakat dimilikinya.Pada aksi itu, penyerang berusia 18 tahun itu mencetak satu gol untuk membantu kelabnya menewaskan BX Brussel, 2-1.

Malah, ia adalah jaringan keduanya selepas menyertai kelab itu bulan lalu di mana sebelum ini Luqman meledak satu gol ketika beraksi bersama skuad B-21 KVK yang menyaksikan pasukannya tewas 4-1.Jelas Luqman, penampilan pertama dengan skuad utama KVK bukanlah mudah meskipun ia hanyalah aksi persahabatan.

"Perlawanan pertama sangat bagus walaupun sukar untuk saya kerana ini adalah kali pertama bagi saya beraksi di Eropah.

"Setiap pemain 'push, push, push' dan ia bagus untuk saya belajar (gaya) permainan di Eropah. Saya sangat gembira menjaringkan gol pertama ini untuk skuad utama... saya amat gembira.

"Sukar di sini untuk saya. Sangat susah. Jadi, saya perlu 'push' diri saya dan tidak berputus asa," katanya menerusi video temubual yang dikongsikan kelabnya di laman rasmi Facebook KVK.

Jelas anak jati Kota Bharu, Kelantan itu lagi, rakan sepasukan banyak membantunya serta sering memberi semangat sama ada ketika di dalam mahupun di luar padang.

"Kami sering berkomunikasi dan mereka banyak membantu. Saya kena tingkatkan lagi permainan selepas ini kerana bukan mudah merebut tempat," katanya yang mengikat kontrak selama lima musim bersama KVK.

Dengan aksi konsisten yang diperagakan produk Akademi Bolasepam Mokhtar Dahari itu, tidak mustahil dia mampu memikat kepercayaan pengurus kelab Yves Vanderhaeghe untuk disenaraikan dalam saingan divisyen satu Belgium itu.SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2020 @ 6:10 PM

Jumaat, 4 September 2020

Luqman jalani latihan senior pertama

LUQMAN Hakim Shamsudin menjalani latihan pertama bersama skuad KV Kortrijk di Kortrijk, Belgium semalam. - IHSAN KV KORTRIJK

Oleh Media Mulia4 September 2020, 1:49 pm

KUALA LUMPUR: Selepas meledak gol dalam penampilan sulung bersama skuad bawah 21 tahun (B-21) minggu lalu, semalam Luqman Hakim Shamsudin menjalani latihan pertamanya bersama skuad senior KV Kortrijk.Menyedari perkembangan pemain berusia 18 tahun itu sentiasa diikuti oleh peminat bola sepak Malaysia, Kortrijk memuat naik beberapa gambar dan video latihan rasmi Luqman bersama skuad liga utama Belgium tersebut dalam media sosial.

Luqman dilihat tidak menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan rakan-rakan sepasukan baharu yang jauh lebih dewasa.Bagaimanapun Kortrijk tidak menyatakan bilakah pemain kelahiran Kota Bharu itu akan membuat kemunculan sulung dalam perlawanan Divisyen A Belgium.

Perlawanan liga terdekat Kortrijk adalah menentang Royal Excel Mouscron di laman sendiri pada 14 September.Selepas tamat empat perlawanan musim ini, Kortrijk kini menduduki tangga keempat liga dengan mengumpul tujuh mata hasil dua kemenangan, satu seri dan satu kalah.Minggu lalu, Luqman meledak gol tunggal skuad B-21 Kortrijk ketika mereka tewas 1-4 kepada KRC Genk.

Luqman yang merupakan graduan pertama Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan produk Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) tiba di Belgium tiga minggu lalu selepas menandatangani kontrak lima tahun.


SUMBERhttps://www.instagram.com/stories/kv_kortrijk/2389940431671797388/