Jumaat, 20 Disember 2019

Jadikan rekod rasmi!


Simpan Artikel
MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my

NAMA penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsuddin bakal terpahat sebagai antara penjaring hatrik terpantas dunia apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedia memulakan usaha bagi membolehkan catatan itu dijadikan rekod rasmi.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pemain Malaysia turut berkemampuan mencipta jaringan luar biasa termasuklah melakukan gol hatrik terpantas dan ia dibuktikan Luqman.

Walaupun berdepan lawan lemah, namun untuk mencipta hatrik dalam tempoh dua minit 11 saat adalah perkara yang bukan mudah apatah lagi apabila beraksi di pentas antarabangsa.
“Saya akan meminta sekretariat FAM memeriksa dengan pihak berkaitan untuk mengesahkan jaringan hatrik terbabit sebagai antara yang terpantas di dunia.

“Jaringan itu berjaya dilakukan bukanlah disebabkan Malaysia berdepan lawan lemah namun ia lebih kepada percaturan bijak dan kemampuan Luqman berbuat demikian dalam tempoh tidak sampai tiga minit,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Sebelum itu, Arena Metro melaporkan kemenangan besar skuad bawah 18 (B-18) tahun negara menentang Brunei dalam aksi kedua Kumpulan G Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-19, Selasa lalu, mencatat rekod tersendiri apabila Luqman berjaya menjaringkan antara hatrik terpantas dunia.

Tiga gol dalam masa dua minit 11 saat yang dilakukan pemain kelahiran Kelantan itu mungkin dinobatkan antara hatrik terpantas di pentas antarabangsa jika kejohanan terbabit diiktiraf Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Lebih membanggakan lagi, dia menjadi antara penjaring termuda berbuat demikian.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 November 2019 @ 6:45 AM

Jumaat, 6 Disember 2019

Malaysia vs Timor-Leste

Venue: — Rizal Memorial Stadium, BiƱan Football Stadium, City of Imus Grandstand
2 Disember 2019 (Isnin)
16      A       Malaysia      vs       Timor-Leste  20:00, Rizal Memorial Stadium
MALAYSIA: 1. Haziq Nadzli (PG), 2. Adam Nor Azlin (C), 3. Dominic Tan, 4. Quentin Chen, 5. Harith Haiqal, 6. Danial Haqim, 7. Faisal Halim, 8. Shahril Nizam, 9. Hadi Fayyadh, 10. Kogileswaran Raj, 11. Nik Akif Syahiran, 12. Luqman Hakim, 13. R. Dinesh, 14. Syamer Kitty Abba, 15. Umar Hakeem, 16. Danial Amier, 17. Irfan Zakaria, 18. Damien Lim (PG), 19. Akhyar Rashid, 20. Syahmi Safari

Ketua Jurulatih: Ong Kim Swee

Isnin, 2 Disember 2019

MALAYSIA 3-0 TIMOR LESTE


MALAYSIA 3-0 TIMOR LESTE
MALAYSIA:
01. Haziq Nadzli (PG),
02. Adam Nor Azlin (C),
03. Dominic Tan,    
07. Faisal Halim
09. Hadi Fayyadh
12. Luqman Hakim,
14. Syamer Kutty Abba       
15. Umar Hakeem,
16. Danial Amier,
17. Irfan Zakaria
20. Syahmi Safari
PEMAIN SIMPANAN
19. Akhyar Rashid,


Selasa, 26 November 2019

Luqman harap peluang kedua


SUKAN»Bola
Selasa, 26 November 2019 | 1:14pm
            
PEMAIN Malaysia, Luqman Hakim (kiri) beraksi dalam perlawanan menentang Myanmar pada aksi Sukan SEA 2019 di Stadium Memorial Rizal. - Foto BERNAMA
Luqman harap peluang kedua
Oleh Helmi Talkah
helmi.talkah@bh.com.my
MANILA: Bintang muda, Luqman Hakim Shamsuddin mohon diberi kepercayaan sekali lagi bagi membarisi kesebelasan utama skuad bawah 22 tahun (B-22) negara pada aksi kedua Kumpulan A Sukan SEA 2019 menentang Filipina, Jumaat ini.

Penyerang berusia 17 tahun itu mendapat kepercayaan pengendali negara, Datuk Ong Kim Swee bagi membarisi kesebelasan utama buat kali pertama ketika seri 1-1 dengan Myanmar semalam tetapi kelibatnya gagal mencetuskan impak yang turut menyaksikan dia dikeluarkan pada babak kedua.

Justeru, pemain yang bakal menyarung jersi kelab Liga Divisyen Satu Belgium, KV Kortrijk itu bertekad mahu menebus aksi hambarnya ketika menentang Myanmar andai diturunkan menentang Filipina.

“Saya belum berpuas hati lagi dengan prestasi saya (ketika menentang Myanmar) kerana masih ada banyak kekurangan. Saya akui bergelut dalam perlawanan pertama,” kata pemain kelahiran Kelantan itu.

“Saya berjanji akan memberi aksi yang lebih baik jika sekali lagi diberi kepercayaan oleh jurulatih untuk berada dalam kesebelasan utama.”

Selain Luqman, Kim Swee turut memberi kepercayaan kepada seorang lagi pemain muda, Umar Hakeem Suhar Rezwan bagi membarisi kesebelasan utama tetapi turut dikeluarkan pada babak kedua perlawanan.

Walaupun gagal mencetuskan impak yang besar, Kim Swee beranggapan kedua-dua pemain muda itu menunjukkan persefahaman yang baik bersama pemain senior dalam pasukan.

“Umar bermain dengan baik manakala Luqman boleh dikatakan masih lagi berada pada tahap memuaskan tetapi belum cukup memuaskan. Dia perlu diberi masa termasuklah Umar.

“Dua pemain ini menunjukkan persefahaman yang baik dan itu lebih penting daripada apa yang saya inginkan. Saya mahu pemain senior dalam pasukan dan pemain muda bergabung bagi membina kombinasi yang baik bagi menghadapi perlawanan seterusnya,” katanya.[1]



[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/11/632156/luqman-harap-peluang-kedua

Bangkitlah Luqman! [METROTV]


MyMetroArena

Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
DATUK Ong Kim Swee mahu penyerang muda berusia 17 tahun, Luqman Hakim Shamsudin segera menyesuaikan diri dan tampil lebih tajam seperti mana yang dilakukannya ketika bersama skuad bawah 18 (B-18) tahun negara sebelum ini.

Permintaan pengendali skuad B-22 itu susulan aksi longlai yang diperagakan Luqman ketika terikat 1-1 dengan Myanmar dalam aksi pertama Kumpulan A Sukan Sea di Stadium Memorial Rizal semalam.

Justeru, Kim Swee berharap pemain yang tersenarai antara 60 penyerang muda terbaik dunia (dikeluarkan oleh The Guardian-media antarabangsa yang berpangkalan di Britain) itu dapat memperbaiki prestasinya untuk tiga aksi berikutnya selepas ini.

“Luqman boleh dikatakan masih lagi berada dalam tahap memuaskan tapi belum lagi pada tahap yang cukup memuaskan,” kata Kim Swee ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, Luqman dan seorang lagi pemain sayap berusia 17 tahun, Umar Hakeem Suhar Rezwan yang diturunkan dalam kesebelasan utama harus mencari segera keserasian dengan pemain senior yang lain.

“Dia (Luqman) perlu diberi masa termasuk Umar. Jadi dua pemain ini perlu menunjukkan persefahaman yang baik itu yang lebih penting.

“Daripada apa yang saya inginkan di mana kesemua pemain baik dari senior B-22 dan pemain muda kena bergabung dan mempunyai kombinasi lebih baik untuk perlawanan akan datang,” katanya.

Mengulas mengenai tahap kecederaan Akhyar Rashid yang dikeluarkan pada babak kedua menentang Myanmar, beliau mengesahkan tonggak sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) itu hanya mengalami kekejangan otot dan sempat untuk pulih sebelum menentang Filipina Jumaat ini.

“Akhyar bukan mengalami kecederaan tapi hanya kekejangan otot.

“Kita tahu padang sintetik tidak begitu mudah apabila bermain, walaupun kita cergas dengan larian-larian yang dilakukan Akhyar dah tentu akan membebankannya daripada segi kecergasan dan ia bukan kecederaan yang serius.”

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 November 2019 @ 8:32 PM

Isnin, 25 November 2019

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIAU 23 1-1 MYANMAR U23

Myanmar  1-1 Malaysia
PEMAIN MALAYSIA
01 MUHAMMAD HAZIQ NAZLI
02 ADAM NOR AZLIN
03 DOMINIC TAN
09 HADI FAYYADH
12 LUQMAN HAKIM
14 SYAMER KUTTY ABBA
15 UMAR HAKEEM
16 DANIER AMIR
17 IRFAN ZAKARIA RASHID
19 AKHYAR          
20 SYAHMI SAFARI
PEMAIN GANTIAN
07 FAISAL HALIM
06 DANIEL HAKIEM
13 J.DINESH

MALAYSIA 1-1 MYANMAR

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Malaysia  1-1 Myanmar
m-24 Hadi Fayyadh
PEMAIN MALAYSIA
01 MUHAMMAD HAZIQ NAZLI
02 ADAM NOR AZLIN
03 DOMINIC TAN
09 HADI FAYADH
12 LUQMAN HAKIM
14 SYAMER KUTTY ABBA
15 UMAR HAKEEM
16 DANIER AMIR
17 IRFAN ZAKARIA RASHID
19 AKHYAR          
20 SYAHMI SAFARI


Sabtu, 23 November 2019

Luqman sedia galas tanggungjawab


SUKAN»Bola
Rabu, 20 November 2019 | 10:03pm
 
PENGERUSI Jawantakuasa Penganjuran Kejohanan Bola Sepak Remaja Antarabangsa Dato Chu Ah Nge Kelab Diraja Selangor, Datuk Gerald Rakish Kumar (kanan) menghadiahkan jersi kepada Luqman ketika majlis undian, hari ini.
Luqman sedia galas tanggungjawab

KUALA LUMPUR: Ketiadaan Safawi Rashid bakal menyaksikan tumpuan terarah kepada bintang muda, Luqman Hakim Shamsuddin andai dipilih membarisi skuad bawah 22 tahun (B-22) negara bagi menghadapi Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina.

Pemain berusia 17 tahun itu, berkata dia sememangnya memasang impian bagi mewakili negara beraksi pada temasya dwitahunan itu.

"Saya menyaksikan edisi 2017 di tempat duduk penonton dan sejak itu saya cuba untuk menempatkan diri dalam pasukan bagi edisi kali ini," kata Luqman ketika menghadiri majlis undian Kejohanan Bola Sepak Remaja Antarabangsa Dato Chu Ah Nge Kelab Diraja Selangor, hari ini.

Terdahulu, jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee mengesahkan Safawi digugurkan daripada skuad ke Sukan SEA selepas pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT) itu sudah mengharungi jadual saingan yang padat sepanjang musim ini.

Bagi Luqman, jika disenaraikan dia sudah bersedia untuk mempamerkan prestasi terbaiknya bagi membantu pasukan memburu pingat emas di bumi Manila.

"Saya tahu ia bukan tugas mudah dan saya akan buat yang terbaik. Tiada sebarang tekanan untuk saya kerana saya sentiasa memberikan yang terbaik setiap kali berada di atas padang sama ada ketika latihan ataupun perlawanan," katanya.

Sementara itu, edisi ke-15 Kejohanan Bola Sepak Remaja Antarabangsa Dato Chu Ah Nge Kelab Diraja Selangor akan diadakan di Pusat Sukan Kelab Diraja Selangor di Bukit Kiara bermula 30 November hingga 1 Disember ini.

Kejohanan itu dianjurkan Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Remaja Kelab Diraja Selangor.[1]


[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/11/630485/luqman-sedia-galas-tanggungjawab

Jumaat, 22 November 2019

Luqman sahut cabaran ganti Safawi

MyMetroArena
 
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my

KETIADAAN tonggak Harimau Malaya, Safawi Rasid dalam senarai pemain Bawah 22 Tahun (B-22) pantas membuka ruang dan peluang buat pemain muda terutamanya Luqman Hakim Shamsuddin untuk menyerlah di Sukan Sea Filipina.

Tanggungjawab berat harus dipikul Luqman yang mengisi posisi ditinggalkan Safawi.

Namun, Luqman tidak melihat perkara terbabit sebagai beban yang harus dipikul walaupun harapan tinggi diletakkan kepadanya untuk merobek gawang lawan.

“Secara jujur, dalam setiap perlawanan sudah pasti ada tekanan, tetapi bukan saya saja yang menjadi tumpuan atau diberikan harapan untuk menjaringkan gol. Pemain lain juga hebat.

“Saya sahut cabaran untuk menggalas tanggungjawab menggantikan Safawi dan ia bagus untuk saya menimba pengalaman demi sesuatu yang baharu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Selain itu, pemain lepasan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu berkata, dia akan membuktikan kepada pengendali B-22, Datuk Ong Kim Swee bahawa pemilihannya untuk ke temasya dwitahunan itu adalah berbaloi.

“Bermain dengan skuad bawah 19 tahun dan B-22 ada bezanya kerana saya perlu bersaing dengan pemain senior dan ia bagus dalam meningkatkan kualiti permainan. Walaupun pada peringkat awal saya terpaksa berusaha keras untuk serasi bersama pemain senior, namun perkara itu dapat diatasi dan sekarang ini sudah boleh bermain sebagai satu pasukan,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 November 2019 @ 4:30 AM

Khamis, 21 November 2019

Ketiadaan Safawi dirasai, kata Luqman Hakim


BERNAMA | | 20 November 2019
Safawi meraikan jaringan gol kemenangan Malaysia dalam menewaskan Indonesia dengan keputusan 2-0 pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di antara Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. - Foto: Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/58293/BERITA/Sukan/Ketiadaan-Safawi-dirasai-kata-Luqman-Hakim
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

KETIADAAN bintang sensasi Harimau Malaya, Muhammad Safawi Rasid di dalam skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara ke Sukan SEA 2019 di Filipina dirasai penyerang muda meningkat naik Luqman Hakim Shamsuddin.

Luqman Hakim, 17, antara enam pemain skuad Bawah 18 Tahun (B-18) negara yang dipanggil menyertai kem latihan skuad B-22 kendalian ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee dalam usaha melakar kejayaan membanggakan di Filipina.

Mengakui beraksi di pentas Sukan SEA merupakan impiannya, Luqman Hakim turut menyimpan hasrat menimba pengalaman, bermain bersama Muhammad Safawi selain seorang lagi pemain kebangsaan, Muhammad Akhyar Abdul Rashid.


"Bermain untuk pasukan negara di Sukan SEA adalah apa yang saya impikan selama ini. Edisi 2017 di Kuala Lumpur, saya hanya menyaksikan sebagai seorang penonton dan sejak itu saya berazam untuk berada di dalam skuad untuk edisi 2019.

"Saya juga selalu impikan untuk beraksi bersama mereka berdua (Muhammad Safawi dan Muhammad Akhyar), jika diberikan peluang oleh jurulatih," katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media Kejohanan Bola Sepak Junior Antarabangsa RSC-Datuk Chu Ah Nge, Edisi ke-15 di sini hari ini.

Mengulas lanjut Luqman Hakim yang menjadi pemain Malaysia pertama ditawarkan kontrak beraksi bersama kelab Liga Profesional Belgium, KV Kortrijk berazam untuk membalas kepercayaan Kim Swee sekiranya beliau tersenarai dalam senarai akhir 20 pemain ke Sukan SEA.

"Ia satu tugas yang berat (jika terpilih) tetapi saya sedia memberikan segalanya jika terpilih. Soal tekanan itu saya tidak mahu terlalu memikirkan, kerana saya hanya mahu berikan yang terbaik di dalam latihan dan perlawanan," tambah beliau.

Kim Swee hari ini membuat kejutan dengan tidak menamakan Muhammad Safawi, dalam senarai tujuh pemain skuad Harimau Malaya yang dipanggil ke kem latihan pasukan B-22 negara.

Tujuh pemain dipanggil adalah Muhammad Akhyar, Mohamed Syamer Kutty Abba, Muhammad Haziq Nadzli dan Adam Nor Azlin (JDT); Danial Amier Norhisham (Felda United), Dominic Tan (Police Tero FC) dan Muhammad Syahmi Safari dari Selangor.

Hanya 20 pemain daripada 32 senarai pemain terkini skuad B-22 negara, akan terbang ke Manila Sabtu ini, untuk membawa cabaran negara sekali gus menebus kekecewaan gagal meraih pingat emas pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, setelah tewas 0-1 kepada Thailand di pentas final.

Sementara itu Kejohanan Bola Sepak Junior Antarabangsa RSC-Datuk Chu Ah Nge Edisi ke-15 akan berlangsung selama dua hari pada 30 November hingga 1 Disember di Royal Selangor Club Sports Annexe, Bukit Kiara.

Sebanyak 81 pasukan melibatkan 1,000 pemain dari enam negara; Malaysia, Japan, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Maldives akan bersaing di setiap peringkat umur; B-8, B-10, B-12, B-14 dan B-16 untuk merebut trofi kejuaraan Datuk Chu Ah Nge. - Bernama
SUMBERArtikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/58293/BERITA/Sukan/Ketiadaan-Safawi-dirasai-kata-Luqman-Hakim



© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Selasa, 19 November 2019

Perlawanan Persahabatan Skuad B-22 Kebangsaan lwn PJ City FC


Perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Arena MPSJ, Subang Jaya, petang tadi menyaksikan skuad B-22 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee menewaskan PJ City FC 4-0.

Malaysia mendahului pada babak pertama menerusi Nik Akif Syahiran pada minit keenam dan Jafri Firdaus Chew pada minit ke-26.

Pada penghujung babak kedua, Luqman Hakim menambah jurang jaringan Malaysia dengan dua lagi gol minit ke-73 dan ke-80 sekaligus memberikan kemenangan 4-0 kepada pasukan negara.

“Yang penting, saya dapat perlawanan-perlawanan persahabatan walaupun bukan perlawanan peringkat antarabangsa tetapi ini penting terutamanya untuk pemain-pemain mendapatkan ‘match fitness’ dan membina kecergasan para pemain,” kata ketua jurulatih B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee selepas perlawanan persahabatan itu.

Perlawanan persahabatan hari ini adalah sebagai persiapan bagi skuad itu menghadapi Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina dari 25 November hingga 10 Disember 2019.

SUMBER#FAM #HarimauMalaya #SEAGames2019

Rabu, 13 November 2019

Pemain pamer aksi positif


MyMetroArena
 
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
ERA baharu bola sepak Malaysia sudah mula menunjukkan perkembangan positif menerusi kejayaan Skuad Bawah 18 Tahun (B-18) negara yang melangkah ke pusingan akhir Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020 di Uzbekistan.

Pengendali Skuad B18, Brad Maloney berkata, usaha berterusan dalam menerapkan identiti bola sepak negara kepada pemain muda diterjemahkan menerusi corak permainan yang konsisten seterusnya berjaya membenam Thailand 1-0.

Menurutnya, pemainnya yang bakal bermain di liga tempatan seterusnya akan membawa identiti berkenaan untuk menjadikan bola sepak negara lebih berkualiti pada masa akan datang.

“Sebelum ini, saya sudah berbincang dengan pengurusan FAM dalam usaha untuk membawa identiti dan corak permainan bola sepak negara kepada pemain muda ini.

“Perkara ini sudah menunjukkan petanda positif dan tidak mustahil mutu bola sepak Malaysia akan berada pada era baharu iaitu lebih berkualiti,” katanya, dalam sidang media selepas perlawanan keempat kumpulan G di Stadium Nasional Olimpik, Phnom Penh, Kemboja hari ini.

Maloney berkata, pujian harus diberikan kepada pemain yang komited mengekalkan rentak permainan sekali gus menyukarkan Thailand menjaringkan sebarang gol.

“Pemain menunjukkan prestasi cemerlang dan berjaya menyerap setiap serangan selain bijak mengatur strategi ke kubu lawan hingga menghasilkan gol.

“Mereka tidak bermain dalam keadaan tekanan cuma mahukan kemenangan bagi mencerahkan peluang ke pusingan seterusnya. Ternyata mereka berjaya melakukannya,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 November 2019 @ 10:58 PM

Sabtu, 9 November 2019

Skuad muda negara baham Brunei

ZURAIMEE ZAINAL | | 6 November 2019
 
Infografik: FB FAM

[DIKEMASKINI] SKUAD Bawah 18 tahun negara meneruskan rentak cemerlang kempen Kelayakan Kejuaraan Bawah 19 Tahun AFC 2020 apabila membenam cabaran Brunei 11-0 di Stadium Olimpik Nasional di Phnom Penh, Kemboja sebentar tadi.


Penyerang negara, Luqman Hakim tampil meledak empat gol bermula dengan penalti pada minit ke-21', 22,’ 24’ dan 41’ diikuti hatrik Aiman Afif (39’ 85’ 90') dan dua jaringan Azam Azmi (31’, 60').

Azrin Afiq (17’) dan Harith Haiqal (59') tidak ketinggalan mencetak nama sebagai penjaring untuk kemenangan kedua negara selepas menang tipis 5-4 ke atas tuan rumah Kemboja pada Sabtu lalu.


Skuad kendalian Brad Maloney yang mengumpul enam mata selepas dua perlawanan akan berdepan Kepulauan Mariana Utara pada Jumaat sebelum melengkapkan jadual kumpulan G menentang Thailand pada Ahad.
SUMBERArtikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/55987/BERITA/Sukan/Skuad-muda-negara-baham-Brunei
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Khamis, 7 November 2019

Maloney bengang dua kad merah

MyMetroArena
 
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
PENGENDALI Skuad Bawah 18 Tahun (B-18) Negara, Brad Maloney ternyata agak tidak berpuas hati apabila dua anak buahnya dikenakan kad merah hingga menjejaskan rentak perlawanan menentang Kemboja pada Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Stadium Kebangsaan Olimpik, Phnom Penh, malam kelmarin.

Namun, Brad berkata, keputusan itu harus diterima dan berpuas hati terhadap anak buahnya yang mampu mengawal keadaan seterusnya memastikan kemenangan berpihak kepada Malaysia.

Katanya, dua layangan kad merah itu masing-masing membabitkan Ahmad Zikri Khalili dan Mukhairi Ajmal sudah tentu menjejaskan percaturan dalam membentuk pasukan mantap pada perlawanan akan datang.

“Dua layangan kad merah itu bagaikan sesuatu yang buruk akan berlaku kerana ia jelas mengganggu rentak perlawanan apabila terpaksa bermain 10 pemain. Agak sukar menyekat serangan tuan rumah sekali gus mereka berjaya menjaringkan gol hingga hampir mengikat perlawanan kepada keputusan seri,” katanya, di sini.


Pada perlawanan bertemu Kemboja, skuad B-18 negara berjaya menundukkan tuan rumah dengan kemenangan 5-4. Namun, perlawanan terbabit dicemari insiden dua layangan kad merah diterima Ahmad Zikri dan Mukhairi hingga membuka lebih banyak ruang kepada lawan meledak jaringan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 November 2019 @ 10:30 PM

Rabu, 6 November 2019

Skuad Maloney berpesta gol


MyMetroArena
 
Oleh Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
SKUAD bawah 18 (B-18) tahun negara berada pada landasan tepat untuk layak ke pusingan akhir Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-19 di Uzbekistan tahun depan apabila membelasah Brunei dalam aksi kedua kelayakan Kumpulan G, malam ini.

Aksi yang berlangsung di Stadium National Olimpik, Phnom Penh di Kemboja menyaksikan anak buah Brad Maloney melakar keputusan 11-0 dan ia adalah kemenangan kedua selepas membenam tuan rumah 5-4 Sabtu lalu.

Kemenangan besar itu sudah tentunya memberi kelegaan buat Maloney yang diletakkan harapan besar untuk muncul juara kumpulan sekaligus layak secara automatik ke pusingan akhir bersama 10 juara kumpulan yang lain.

Selain tiket selaku juara kumpulan menanti untuk ke Uzbekistan, empat pasukan terbaik di tangga kedua daripada 11 kumpulan turut layak tahun depan.

Untuk itu, kem negara membariskan skuad terbaik biarpun tanpa dua tonggak utama iaitu Ahmad Zikri Khalili dan Mukhairi Ajmal yang dilayangkan kad merah pada aksi pertama sebelum ini.

Penyerang prolifik negara, Luqman Hakim Shamsudin membuktikan ketajamannya apabila menyumbat empat gol.

Pada babak pertama, skuad negara mendahului 7-0 sebelum menambah empat lagi pada baki 45 minit di separuh masa kedua.

Pesta gol negara dimulakan oleh Azrin Afiq pada minit ke-17 sebelum Luqman (m-21, 22, 24 dan 41), Azam Azmi (m-31, 60), Aiman Afif (m-39, 85, 90) dan Harith Haiqal (m-59).

Selepas ini, skuad muda negara akan bertemu Kepulauan Utara Mariana Jumaat ini dan Thailand pada aksi terakhir dua hari kemudian.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 November 2019 @ 10:33 PM


Isnin, 4 November 2019

‘Gol cantik Luqman Hakim boleh masuk Anugerah Puskas’


NURUL RIDUAN NOR ASHAHA | | 3 November 2019
 
Luqman Hakim (dua dari kanan) bersama rakan pasukan meraikan jaringan buat negara dalam aksi Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Stadium Kebangsaan Olimpik, Phnom Penh semalam. - Foto: Asian Football Confederation

DI SEBALIK kemenangan sukar yang diraih Skuad Bawah 18 Tahun (B-18) negara dalam aksi menentang Kemboja pada Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Stadium Kebangsaan Olimpik, Phnom Penh semalam, jaringan Luqman Hakim Shamsudin menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air.


Penyerang muda itu meledakkan gol keempat negara pada minit ke-67 sebelum Muhd Muslihuddin Atiq Mat Zahid menjaringkan gol kemenangan pada m-74 bagi memastikan Malaysia menang 5-4 dalam aksi pertama itu.

Apa yang menariknya adalah jaringan Luqman Hakim hadir melalui sepakan dari tengah padang yang terus menuju ke dalam gawang lawan.


Penjaga gol Kemboja yang tidak menjangkakan sepakan Luqman Hakim itu namun dia tetap berusaha menepisnya tetapi gagal.

Pengguna Twitter, @HasanZamzuri yang kagum dengan jaringan berkenaan memohon supaya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mencalonkan Luqman Hakim untuk Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

“Jaringan terbaik dan terbaik. Tahniah Luqman Hakim kerana mengharumkan negara. FAM boleh daftar pencalonan Puskas FIFA akan datang,” tulisnya.

@iqmalerfan_, @broyal_ace turut berkonsi pendapat yang sama berhubung jaringan Luqman Hakim berkenaan.

“Level Puskas,” tulis @iqmalerfan_.


Penjaga gawang Kemboja gagal membaca sepakan yang dibuat oleh Luqman Hakim dalam aksi Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Stadium Kebangsaan Olimpik, Phnom Penh semalam.
Dalam aksi berkenaan, kendalian Brad Maloney terpaksa berhempas pulas sebelum merekodkan kemenangan pertama menentang tuan rumah.

Ia berikutan dua layangan kad merah yang diterima Ahmad Zikri Khalili dan Mukhairi Ajmal yang menyebabkan lebih banyak ruang diberikan kepada pihak lawan untuk mencipta kebangkitan.

Sebelum itu, Malaysia bermula langkah kanan apabila mengakhiri babak pertama dengan kedudukan selesa mendahului 3-0.

Tiga gol negara dihasilkan oleh Muhammad Shafi Azswa pada m-30, diikuti jaringan Muhammad Fakrul Iman (m-40) dan Muhammad Azrin Afiq (m-43).

Untuk aksi kedua Rabu ini, anak buah Brad Maloney dijadualkan menentang Brunei.

Mengikut rekod, Mohd Faiz Subri merangkul Anugerah Puskas untuk jaringan gol paling cantik sepanjang 2016, justeru meletakkan namanya sebaris dengan pemenang terdahulu seperti bintang tersohor, Cristiano Ronaldo dan Neymar.

Penyerang Pulau Pinang berusia 29 tahun itu menerima anugerah tersebut hasil keunikan sepakan percuma tersebut pada majlis gilang-gemilang di Zurich.

Faiz juga mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah sempena nama legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas, yang menikmati kejayaan hebat bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan 60-an serta bersama pasukan kebangsaan negara beliau.

Jaringan luar biasa beliau itu, antara yang dianggap paling menarik sepanjang tahun 2016, mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Sepakan percuma itu agak mengelirukan dengan bola pada mulanya melencong ke arah penjuru kanan gawang Pahang sebelum ia secara tiba-tiba bertukar arah menyebabkan penjaga gol, Nasril Nourdin tergamam.
SUMBERArtikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/55381/BERITA/Sukan/Gol-cantik-Luqman-Hakim-boleh-masuk-Anugerah-Puskas
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Ahad, 3 November 2019

AFF B-18: Luqman kemaruk gol


SUKAN»Bola
Rabu, 14 Ogos 2019 | 2:38pm
 
LUQMAN Hakim Shamsudin
AFF B-18: Luqman kemaruk gol
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Penyerang skuad bawah 18 tahun negara (B-18), Luqman Hakim Shamsudin menegaskan perjuangannya bersama pasukan belum selesai sekali pun berjaya membenam Australia 3-0 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Thanh Long, semalam.

 "Pertama sekali saya bersyukur kerana berjaya menjaringkan gol buat pasukan. Mungkin ini rezeki saya untuk jaringkan gol ketika menentang Australia.

 "Ia memang kemenangan bermakna apatah lagi lawan pasukan pilihan dan pemain mereka beraksi dalam Liga Australia.

 “Namun, kami tidak boleh terlalu gembira kerana masih ada lagi perlawanan menentang Thailand. Jadi, kami perlu menang dengan jaringan besar dan saya akan cuba sumbat gol lagi dalam misi kami untuk pertahankan kejuaraan," kata Luqman ketika dihubungi semalam.

 Kemenangan ke atas Australia itu mencerahkan peluang skuad Brad Maloney layak ke separuh akhir apabila mendahului carta kumpulan dengan berkongsi sembilan mata dengan lawan itu tetapi  dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

 Skuad negara akan melengkapkan aksi kumpulan dengan menentang Thailand, manakala Vietnam membuat perhitungan dengan Kemboja sementara Australia menentang Singapura, esok.

 Terdahulu, Luqman membuktikan mengapa dia dianggap sebagai pertama negara apabila meledak dua gol pada minit ke-17 dan 39 dalam perlawanan itu.

 Sekalipun bertubuh kecil, kedua-dua gol yang dihasilkannya jelas menunjukkan betapa pemain kelahiran Kelantan itu memiliki kemahiran hebat untuk melepasi kekangan pertahanan Australia yang lebih besar daripadanya.

 Satu lagi gol negara disumbat Muhammad Azam Azmi Murad pada minit ke-27.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Rabu, 14 Ogos 2019 | 2:38pm