NURUL RIDUAN NOR ASHAHA | | 3
November 2019
Luqman Hakim (dua dari kanan)
bersama rakan pasukan meraikan jaringan buat negara dalam aksi Kelayakan
Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Stadium Kebangsaan Olimpik, Phnom Penh semalam. -
Foto: Asian Football Confederation
DI SEBALIK kemenangan sukar yang
diraih Skuad Bawah 18 Tahun (B-18) negara dalam aksi menentang Kemboja pada
Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Stadium Kebangsaan Olimpik, Phnom Penh
semalam, jaringan Luqman Hakim Shamsudin menjadi tumpuan peminat bola sepak
tanah air.
Penyerang muda itu meledakkan gol
keempat negara pada minit ke-67 sebelum Muhd Muslihuddin Atiq Mat Zahid
menjaringkan gol kemenangan pada m-74 bagi memastikan Malaysia menang 5-4 dalam
aksi pertama itu.
Apa yang menariknya adalah
jaringan Luqman Hakim hadir melalui sepakan dari tengah padang yang terus
menuju ke dalam gawang lawan.
Penjaga gol Kemboja yang tidak
menjangkakan sepakan Luqman Hakim itu namun dia tetap berusaha menepisnya
tetapi gagal.
Pengguna Twitter, @HasanZamzuri
yang kagum dengan jaringan berkenaan memohon supaya Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) mencalonkan Luqman Hakim untuk Anugerah Puskas Persekutuan Bola
Sepak Antarabangsa (Fifa).
“Jaringan terbaik dan terbaik.
Tahniah Luqman Hakim kerana mengharumkan negara. FAM boleh daftar pencalonan
Puskas FIFA akan datang,” tulisnya.
@iqmalerfan_, @broyal_ace turut
berkonsi pendapat yang sama berhubung jaringan Luqman Hakim berkenaan.
“Level Puskas,” tulis
@iqmalerfan_.
Penjaga gawang Kemboja gagal
membaca sepakan yang dibuat oleh Luqman Hakim dalam aksi Kelayakan Kejuaraan
B-19 AFC 2020 di Stadium Kebangsaan Olimpik, Phnom Penh semalam.
Dalam aksi berkenaan, kendalian
Brad Maloney terpaksa berhempas pulas sebelum merekodkan kemenangan pertama
menentang tuan rumah.
Ia berikutan dua layangan kad
merah yang diterima Ahmad Zikri Khalili dan Mukhairi Ajmal yang menyebabkan
lebih banyak ruang diberikan kepada pihak lawan untuk mencipta kebangkitan.
Sebelum itu, Malaysia bermula
langkah kanan apabila mengakhiri babak pertama dengan kedudukan selesa
mendahului 3-0.
Tiga gol negara dihasilkan oleh
Muhammad Shafi Azswa pada m-30, diikuti jaringan Muhammad Fakrul Iman (m-40)
dan Muhammad Azrin Afiq (m-43).
Untuk aksi kedua Rabu ini, anak
buah Brad Maloney dijadualkan menentang Brunei.
Mengikut rekod, Mohd Faiz Subri
merangkul Anugerah Puskas untuk jaringan gol paling cantik sepanjang 2016,
justeru meletakkan namanya sebaris dengan pemenang terdahulu seperti bintang
tersohor, Cristiano Ronaldo dan Neymar.
Penyerang Pulau Pinang berusia 29
tahun itu menerima anugerah tersebut hasil keunikan sepakan percuma tersebut
pada majlis gilang-gemilang di Zurich.
Faiz juga mencipta sejarah
sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah sempena nama legenda bola
sepak Hungary, Ferenc Puskas, yang menikmati kejayaan hebat bersama pasukan
Real Madrid pada 1950-an dan 60-an serta bersama pasukan kebangsaan negara
beliau.
Jaringan luar biasa beliau itu,
antara yang dianggap paling menarik sepanjang tahun 2016, mendapat
pengiktirafan antarabangsa.
Sepakan percuma itu agak
mengelirukan dengan bola pada mulanya melencong ke arah penjuru kanan gawang
Pahang sebelum ia secara tiba-tiba bertukar arah menyebabkan penjaga gol,
Nasril Nourdin tergamam.
SUMBERArtikel Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/55381/BERITA/Sukan/Gol-cantik-Luqman-Hakim-boleh-masuk-Anugerah-Puskas
© 2018 Hakcipta Terpelihara
Kumpulan Karangkraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan