SUKAN»Bola
Rabu, 20 November 2019 | 10:03pm
PENGERUSI Jawantakuasa
Penganjuran Kejohanan Bola Sepak Remaja Antarabangsa Dato Chu Ah Nge Kelab
Diraja Selangor, Datuk Gerald Rakish Kumar (kanan) menghadiahkan jersi kepada
Luqman ketika majlis undian, hari ini.
Luqman sedia galas tanggungjawab
KUALA LUMPUR: Ketiadaan Safawi
Rashid bakal menyaksikan tumpuan terarah kepada bintang muda, Luqman Hakim
Shamsuddin andai dipilih membarisi skuad bawah 22 tahun (B-22) negara bagi
menghadapi Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina.
Pemain berusia 17 tahun itu,
berkata dia sememangnya memasang impian bagi mewakili negara beraksi pada
temasya dwitahunan itu.
"Saya menyaksikan edisi 2017
di tempat duduk penonton dan sejak itu saya cuba untuk menempatkan diri dalam
pasukan bagi edisi kali ini," kata Luqman ketika menghadiri majlis undian
Kejohanan Bola Sepak Remaja Antarabangsa Dato Chu Ah Nge Kelab Diraja Selangor,
hari ini.
Terdahulu, jurulatih skuad B-23
negara, Datuk Ong Kim Swee mengesahkan Safawi digugurkan daripada skuad ke
Sukan SEA selepas pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT) itu sudah mengharungi
jadual saingan yang padat sepanjang musim ini.
Bagi Luqman, jika disenaraikan
dia sudah bersedia untuk mempamerkan prestasi terbaiknya bagi membantu pasukan
memburu pingat emas di bumi Manila.
"Saya tahu ia bukan tugas
mudah dan saya akan buat yang terbaik. Tiada sebarang tekanan untuk saya kerana
saya sentiasa memberikan yang terbaik setiap kali berada di atas padang sama
ada ketika latihan ataupun perlawanan," katanya.
Sementara itu, edisi ke-15
Kejohanan Bola Sepak Remaja Antarabangsa Dato Chu Ah Nge Kelab Diraja Selangor
akan diadakan di Pusat Sukan Kelab Diraja Selangor di Bukit Kiara bermula 30
November hingga 1 Disember ini.
Kejohanan itu dianjurkan
Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Remaja Kelab Diraja Selangor.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan