MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
DATUK Ong Kim
Swee mahu penyerang muda berusia 17 tahun, Luqman Hakim Shamsudin segera
menyesuaikan diri dan tampil lebih tajam seperti mana yang dilakukannya ketika
bersama skuad bawah 18 (B-18) tahun negara sebelum ini.
Permintaan
pengendali skuad B-22 itu susulan aksi longlai yang diperagakan Luqman ketika
terikat 1-1 dengan Myanmar dalam aksi pertama Kumpulan A Sukan Sea di Stadium
Memorial Rizal semalam.
Justeru, Kim
Swee berharap pemain yang tersenarai antara 60 penyerang muda terbaik dunia
(dikeluarkan oleh The Guardian-media antarabangsa yang berpangkalan di Britain)
itu dapat memperbaiki prestasinya untuk tiga aksi berikutnya selepas ini.
“Luqman boleh
dikatakan masih lagi berada dalam tahap memuaskan tapi belum lagi pada tahap
yang cukup memuaskan,” kata Kim Swee ketika ditemui di sini, hari ini.
Menurutnya
lagi, Luqman dan seorang lagi pemain sayap berusia 17 tahun, Umar Hakeem Suhar
Rezwan yang diturunkan dalam kesebelasan utama harus mencari segera keserasian
dengan pemain senior yang lain.
“Dia (Luqman)
perlu diberi masa termasuk Umar. Jadi dua pemain ini perlu menunjukkan
persefahaman yang baik itu yang lebih penting.
“Daripada apa
yang saya inginkan di mana kesemua pemain baik dari senior B-22 dan pemain muda
kena bergabung dan mempunyai kombinasi lebih baik untuk perlawanan akan
datang,” katanya.
Mengulas
mengenai tahap kecederaan Akhyar Rashid yang dikeluarkan pada babak kedua
menentang Myanmar, beliau mengesahkan tonggak sayap Johor Darul Ta’zim (JDT)
itu hanya mengalami kekejangan otot dan sempat untuk pulih sebelum menentang
Filipina Jumaat ini.
“Akhyar bukan
mengalami kecederaan tapi hanya kekejangan otot.
“Kita tahu
padang sintetik tidak begitu mudah apabila bermain, walaupun kita cergas dengan
larian-larian yang dilakukan Akhyar dah tentu akan membebankannya daripada segi
kecergasan dan ia bukan kecederaan yang serius.”
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Selasa, 26 November 2019 @ 8:32 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan