SUKAN»Bola
Selasa, 26
November 2019 | 1:14pm
PEMAIN
Malaysia, Luqman Hakim (kiri) beraksi dalam perlawanan menentang Myanmar pada
aksi Sukan SEA 2019 di Stadium Memorial Rizal. - Foto BERNAMA
Luqman harap
peluang kedua
Oleh Helmi
Talkah
helmi.talkah@bh.com.my
MANILA:
Bintang muda, Luqman Hakim Shamsuddin mohon diberi kepercayaan sekali lagi bagi
membarisi kesebelasan utama skuad bawah 22 tahun (B-22) negara pada aksi kedua
Kumpulan A Sukan SEA 2019 menentang Filipina, Jumaat ini.
Penyerang
berusia 17 tahun itu mendapat kepercayaan pengendali negara, Datuk Ong Kim Swee
bagi membarisi kesebelasan utama buat kali pertama ketika seri 1-1 dengan
Myanmar semalam tetapi kelibatnya gagal mencetuskan impak yang turut
menyaksikan dia dikeluarkan pada babak kedua.
Justeru,
pemain yang bakal menyarung jersi kelab Liga Divisyen Satu Belgium, KV Kortrijk
itu bertekad mahu menebus aksi hambarnya ketika menentang Myanmar andai
diturunkan menentang Filipina.
“Saya belum
berpuas hati lagi dengan prestasi saya (ketika menentang Myanmar) kerana masih
ada banyak kekurangan. Saya akui bergelut dalam perlawanan pertama,” kata
pemain kelahiran Kelantan itu.
“Saya berjanji
akan memberi aksi yang lebih baik jika sekali lagi diberi kepercayaan oleh
jurulatih untuk berada dalam kesebelasan utama.”
Selain Luqman,
Kim Swee turut memberi kepercayaan kepada seorang lagi pemain muda, Umar Hakeem
Suhar Rezwan bagi membarisi kesebelasan utama tetapi turut dikeluarkan pada
babak kedua perlawanan.
Walaupun gagal
mencetuskan impak yang besar, Kim Swee beranggapan kedua-dua pemain muda itu
menunjukkan persefahaman yang baik bersama pemain senior dalam pasukan.
“Umar bermain
dengan baik manakala Luqman boleh dikatakan masih lagi berada pada tahap
memuaskan tetapi belum cukup memuaskan. Dia perlu diberi masa termasuklah Umar.
“Dua pemain
ini menunjukkan persefahaman yang baik dan itu lebih penting daripada apa yang
saya inginkan. Saya mahu pemain senior dalam pasukan dan pemain muda bergabung
bagi membina kombinasi yang baik bagi menghadapi perlawanan seterusnya,”
katanya.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan