MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
ERA baharu
bola sepak Malaysia sudah mula menunjukkan perkembangan positif menerusi
kejayaan Skuad Bawah 18 Tahun (B-18) negara yang melangkah ke pusingan akhir
Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020 di Uzbekistan.
Pengendali
Skuad B18, Brad Maloney berkata, usaha berterusan dalam menerapkan identiti
bola sepak negara kepada pemain muda diterjemahkan menerusi corak permainan
yang konsisten seterusnya berjaya membenam Thailand 1-0.
Menurutnya,
pemainnya yang bakal bermain di liga tempatan seterusnya akan membawa identiti
berkenaan untuk menjadikan bola sepak negara lebih berkualiti pada masa akan
datang.
“Sebelum ini,
saya sudah berbincang dengan pengurusan FAM dalam usaha untuk membawa identiti
dan corak permainan bola sepak negara kepada pemain muda ini.
“Perkara ini
sudah menunjukkan petanda positif dan tidak mustahil mutu bola sepak Malaysia
akan berada pada era baharu iaitu lebih berkualiti,” katanya, dalam sidang
media selepas perlawanan keempat kumpulan G di Stadium Nasional Olimpik, Phnom
Penh, Kemboja hari ini.
Maloney
berkata, pujian harus diberikan kepada pemain yang komited mengekalkan rentak
permainan sekali gus menyukarkan Thailand menjaringkan sebarang gol.
“Pemain
menunjukkan prestasi cemerlang dan berjaya menyerap setiap serangan selain
bijak mengatur strategi ke kubu lawan hingga menghasilkan gol.
“Mereka tidak
bermain dalam keadaan tekanan cuma mahukan kemenangan bagi mencerahkan peluang
ke pusingan seterusnya. Ternyata mereka berjaya melakukannya,” katanya.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Ahad, 10 November 2019 @ 10:58 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan