Firdaus Azil, Astro Awani |
Diterbitkan pada September 20, 2019 13:50 MYT
Facebook Twitter Email
Penyerang muda sensasi Lukman
Hakim bakal beraksi di Eropah
Luqman Hakim berkata, beliau
sedar mengenai tekanan yang bakal dihadapi, khususnya harapan yang menggunung
rakyat Malaysia ke atas pemain pelapis skuad kebangsaan.
KUALA LUMPUR: Peluang penyerang
Malaysia bawah 18 tahun (U18) Luqman Hakim Shamsuddin kini semakin cerah untuk
beraksi di pentas Eropah.
Ia susulan kesediaan pemilik
kelab England, Cardiff City, dan K.V. Kortrijk yang berpangkalan di Belgium,
Tan Sri Vincent Tan untuk menyediakan peluang latihan kepada anak muda itu di
dua kelab berkenaan.
Menurut Tan, Luqman Hakim, yang
lahir dari Akademi Mokhtar Dahari di bawah Program Pembangunan Bola Sepak
Negara (NFDP) akan menjalani latihan di Cardiff City sehingga beliau mencapai
umur 18 tahun, iaitu Mac tahun hadapan, sebelum menandatangani kontrak selama
lima tahun bersama kelab K.V. Kortrijk.
“Kita telah mengenal pasti bakat
Luqman Hakim, selepas persembahan memberansangkan beliau dalam beberapa
kejohanan peringkat antarabangsa sebelum ini, menjaringkan banyak gol, dan
konsisten dalam menjaringkan gol.
“Jadi di bawah peraturan FIFA
(Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa), kami tidak boleh mengambil pemain
melainkan sudah berusia 18 tahun. Jadi Luqman Hakim akan berlatih di Cardiff
dahulu, baru menyertai KVK, kelab Belgium yang dimiliki rakyat Malaysia,”
katanya kepada sidang media di sini hari ini.
Turut hadir di majlis bersejarah
itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut
teruja dengan perkembangan itu, khususnya kesannya ke atas bola sepak tanah
air.
“Five years, memang pelaburan
jangka panjang, ia tak akan dibuat, jika tak wujud keyakinan. Prestasinya,
hatinya di tempat yang betul, paling kuat bekerja, Saya rasa apa pun rintangan,
dia akan berjaya pecahkan tembok tersebut,” kata Syed Saddiq
Sementara itu, Luqman Hakim
berkata, beliau sedar mengenai tekanan yang bakal dihadapi, khususnya harapan
yang menggunung rakyat Malaysia ke atas pemain pelapis skuad kebangsaan.
“Pertama, saya berharap agar
rakyat Malaysia berdoa terbaik untuk saya. Tapi saya berjanji saya akan buat
terbaik memang cita-cita saya bermain di luar negara. Dah terhidang di depan
mata, saya akan pegang dan simpan. Ini buat kedua dua ibu bapa saya,” kata anak
muda itu lagi.
SUMBER-http://www.astroawani.com/berita-sukan/penyerang-muda-sensasi-lukman-hakim-bakal-beraksi-di-eropah-218011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan