Ahad, 13 Oktober 2019

Piala Supermokh: Malaysia Cougars kalahkan Sporting Lisbon

Sukan
Ahad, 18 Disember 2016 | 7:37pm
Piala Supermokh: Malaysia Cougars kalahkan Sporting Lisbon
Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my
 
PEMAIN Malaysia Cougars, Muhammad Raimi Shamsuk (kiri) diasak pemain Sporting Lisbon pada aksi perlawanan akhir Piala SuperMokh bawah 14 tahun di Padang MSN. - Foto Owee Ah Chun
KUALA LUMPUR: Skuad pembangunan bola sepak negara, Malaysia Cougars muncul juara Piala Supermokh kategori bawah 14 tahun selepas menundukkan kelab dari Portugal, Sporting Lisbon 1-0 pada aksi final di Padang Majlis Sukan Negara (MSN), di sini, sebentar tadi.

Perlawanan berlangsung sengit dengan pasukan daripada Portugal itu lebih banyak mendominasi permainan dan melakukan percubaan namun kemantapan barisan pertahanan Cougars berjaya menghalang setiap percubaan.

Bagaimanapun, peluang keemasan yang diperoleh skuad negara berjaya disudahkan Luqman Hakim Shamsudin untuk gol tunggal perlawanan pada minit-minit akhir perlawanan.

Jaringan itu bagaimanapun dibantah Sporting yang menyatakan Luqman sudahpun berada dalam keadaan ofsaid namun pengadil perlawanan tetap mengesahkan jaringan terbabit.

Keputusan ini menyaksikan skuad bawah 14 tahun itu muncul juara buat kali pertama, sekali gus menggagalkan hasrat Sporting Lisbon untuk meraih kejuaraan berganda selepas mereka meraih gelaran bagi kategori bawah 12 tahun.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Ahad, 18 Disember 2016 | 7:37pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan