Isnin, 28 Oktober 2019

'Karier saya berisiko untuk tamat lebih awal'


MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my

“JIKA saya terlalu mengikut kehendak pihak tertentu... ia akan menambah tekanan selain karier saya berisiko untuk tamat lebih awal.” Itu reaksi spontan penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin ketika ditanya mengenai kesediaannya menyarung jersi skuad senior negara ke Sukan SEA dan kejohanan lain.

Luqman yang ditemui pada perlawanan persahabatan menentang Taiwan baru-baru ini, sedar banyak pihak yang mengharapkan dia beraksi di pentas lebih tinggi atau terus ‘melompat’ ke skuad senior pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Bagaimanapun, pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu berkata, ketika ini dia lebih gemar menumpukan aksi kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-19 di Kemboja yang bermula Sabtu ini daripada memikirkan mengenai peranannya bersama skuad senior.

“Jika dipanggil atau diberi peluang bersama skuad lebih senior, saya tetap memberikan komitmen namun secara jujurnya, saya lebih suka jika tidak terpilih membarisi senarai 23 pemain ke Sukan SEA.

“Banyak perkara yang perlu saya pelajari dan lebih baik saya bermain mengikut peringkat daripada terus melompat bersama skuad senior.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Oktober 2019 @ 4:45 Am sumber-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan