ZUBIR SULAIMAN | | 16 Oktober
2019
Luqman Hakim - Foto Sportflex
Malaysia
PENGENDALI skuad Bawah 23 tahun
(B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee sedia menyenaraikan penyerang remaja, Luqman
Hakim bagi mengikuti kem latihan sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA 2019 di
Filipina bulan depan.
Bagaimanapun, Kim Swee tidak mahu
tergesa-gesa untuk menyambar terus penyerang berbisa skuad B-19 negara itu
seperti dicanang sesetengah pihak termasuk peminat dan penyokong bola sepak
Malaysia.
“Peluang untuk Luqman memang ada
dalam senarai 'call-up' tetapi untuk mendapatkan tempat terakhir 23 pemain, itu
terpulang kepada latihan dan perlawanan persahabatan sebelum (skuad negara)
bertolak ke Manila pada 23 atau 24 November nanti.
“Kita tahu Luqman merupakan
seorang pemain yang berpotensi tinggi untuk beraksi di peringkat yang lebih
tinggi tetapi kita tidak perlu terburu-buru. Seperti saya katakan, saya ingin
melihat Luqman dalam latihan, di peringkat yang lebih tinggi.
“Ketika ini Luqman beraksi
bersama skuad B-19 tetapi belum beraksi di peringkat yang lebih tinggi. Jadi
kita harus memberikan masa kepada Luqman untuk menyertai skuad B-23 dan pasukan
(senior) negara pada masa hadapan dengan cara yang betul,” katanya.
Kim Swee bimbang sekiranya beliau
mengambil pendekatan terburu-buru, ia berkemungkinan akan memberi kesan bukan
sahaja kepada pemain itu sendiri, bahkan juga pasukan.
“Kita harus tahun bahawa pemain
yang berusia 17 atau 18 tahun sememangnya mempunyai potensi tinggi untuk
diletakkan dalam pasukan B-23 dan juga skuad kebangsaan tetapi kita perlu sedar
kesan di sebaliknya.
“Jika sesuatu yang berlaku kepada
Luqman, ia akan memberi satu kesan yang berlainan pada masa akan datang. Maka
kita perlu fikir dengan betul dan memberi masa kepada beliau untuk bersama
skuad B-23 negara,” katanya.
Bagi saingan Sukan SEA 2019
Filipina, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Filipina selain
Myanmar, Kemboja dan Timor-Leste.
SUMBERArtikel Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/52318/BERITA/Sukan/Usah-terburu-buru-sambar-Luqman-Hakim
© 2018 Hakcipta Terpelihara
Kumpulan Karangkraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan