SUKAN»Bola
Ahad, 3 November 2019 | 12:05pm
PEMAIN remaja sensasi negara Luqman Hakim Shamsudin. NSTP/Eizairi Shamsudin
Jaringan Luqman tarik perhatian
KUALA LUMPUR: Pemain remaja sensasi negara Luqman Hakim Shamsudin sekali lagi menarik perhatian peminat bola sepak rantau ini apabila menjaringkan gol dari jarak hampir 50 meter dalam kemenangan 5-4 skuad bawah 18 Tahun (B-18) negara ke atas tuan rumah, Kemboja pada Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Stadium Kebangsaan Olimpik, Phnom Penh, malam tadi.
Skuad kendalian Brad Maloney bermula selesa apabila mendahului 3-0 menerusi Muhammad Shafi Azswa (m-30), Muhammad Fakrul Iman (m-40) dan Muhammad Azrin Afiq (m-43), namun terpaksa bermain sembilan orang selepas Ahmad Zikri Khalili dan Mukhairi Ajmal dilayangkan kad merah.
Tuan rumah merapatkan jurang menerusi Met Samel (m-61) dan Chea Sokmeng (m-65) sebelum Luqman memerangkap penjaga gol Kemboja dengan sepakan lambung dari tengah padang pada minit ke-67. Muhd Muslihuddin Atiq Mat Zahid memastikan kemenangan pada minit ke-74 walaupun Kemboja cuba bangkit dengan dua lagi gol menerusi Sieng Chanthea (m-77) dan Ly Mael (m-90).
Untuk aksi kedua Rabu ini, skuad negara akan turun menentang Brunei.
SUMBER- BERITA HARIAN ONLINE Ahad, 3 November 2019 | 12:05pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan